22 April 2013

Misteri Bali, Sanur serta abjad XX


Asal nama Bali itu "bebali" diambil dari perkataan "sesajen" diucapkan oleh penduduk serta masyarakat Bali khususnya - barangan yang dipersembahkan kepada dewa-dewa  contoh seperti, beras, wang, biskut dan sebagainya.

Di Bali ini sebanyak 90 peratus beragama Hindu manakala selebihnya Islam, Buddha dan Kristian.

Hasil seni kraftangan ukiran rumahnya berkonsepkan tradisional Bali. Terdapat patung-patung dewa diletakkan dikiri dan kanan rumah mereka.

Jika kita lihat pintu pagar masuk ke rumah mereka begitu kecil. Mereka meletakkan kenderaan di luar rumah.

Mereka tidak mempunyai lebuh raya besar seperti di Malaysia. Hanya jalan raya kiri dan kanan.

Mereka tidak mempunyai ruang tamu, hanya bilik tidur dan dapur. Hanya Gazebo disediakan kepada tetamu atau pengunjung yang terletak di luar rumah.


Mengikut penceritaan pemandu pelancong yang hanya mahu dikenali sebagai Ekow Kepulauan Jawa dan Bali merupakan satu pulau yang tercantum. 

Beliau yang membawa penulis sepanjang tiga hari melawat tempat bersejarah dan pantai sekitar Bali menceritakan satu persatu keunikan sejarah masyarakat  dan etnik bali.


Asal usul nama lapangan terbang Denpasar Nugrah Rai
Jalan raya di Bali

Bandar Udara Internasional Angkasapura Nugrah Rai Bali merupakan nama seorang pria menjadi hero di Bali sekitar abad ke 14.

 Bagi mengenang jasanya terhadap penduduk Bali nama  Ngurah Rai diabadikan di lapangan terbang dan sekitar jalan di sini.


Setiap simpang atau bulatan mempunyai patung dewa


Sebagai contoh di Bandar Kuta, penulis mendapati di sepanjang simpang empat atau tiga, mahupun bulatan akan dibina patung dewa.

Ekow memberitahu di tengah bandar Kuta mempunyai satu jalan bersimpang siur kerana 'flyover' belum siap berikutan bantahan penduduk (sila rujuk - ketinggian 15 meter hanya untuk dewa) ada satu patung dewa Ruji yang digelar Penguasa Kelautan.

Penduduk di Bali -  kepercayaan mereka terhadap agama Hindu begitu kuat jadi tidak hairanlah jika di mana-mana anda akan terlihat patung dewa dan mereka melakukan sembah berhala dua kali pada sehari. 

Di sebelah pagi dan petang di mana ada di antara mereka akan berarak beramai -ramai menuju ke kuil dengan membawa 'sesajen' cuntuk dipersembahkan kepada dewa mereka.

Jika mahu pergi menyeberang ke lautan penduduk beragama Hindu perlu meminta izin terlebih dahulu bagi memudahkan perjalanan.

Arak, judi dan seks


Rata-ratanya penduduk di sini mengamalkan cara hidup minuman keras  arak, bermain judi dan seks bebas.

Manakala pria bebas melakukan hubungan kelamin atau seks bersama gadis yang disukainya.

Sekiranya perempuan itu mengandung dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak lelaki dan perempuan barulah mereka boleh menikah.

Narkoba atau dadah dilarang keras sama sekali oleh kerajaan mahupun pihak penguasa di mana sesiapa yang didapati membawa barangan terlarang itu jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati.

Ketinggian 15 meter keatas hanya untuk dewa saja, pak..


Di Bali hanya ada satu hotel mempunyai ketinggian 11 tingkat yang terletak di Sanur. Menurut Ekow ia merupakan satu satunya hotel dibenarkan beroperasi dan tidak diruntuhkan sehingga kini.

Penduduk dan pelabur tidak dibenarkan mendirikan bangunan melebihi ketinggian yang dibenarkan kerana mengikut kepercayaan Hindu ketinggian aras 15 meter hanya untuk para dewa-dewa.

Difahamkan pada ketika itu gabenur berjaya merampas hotel di zaman penjajahan jepun.

Menurut Ekow lagi, beliau pernah mendengar dan melihat dengan mata serta kepalanya sendiri ada pelancong yang dirasuk gara-gara menginap di hotel anker tersebut.

Ada apa di sebalik nombor rumah bertanda X


Pada mulanya penulis merasa sedikit kehairanan melihat papan tanda rumah mempunyai abjad X tertera Kawasan Sanur yang dilihat begitu banyak sekali.

Ekow mula membuka mulutnya dan menjelaskan bahawa ia merupakan tempat pelacuran atau aktiviti persundalan. 

Misalnya nombor rumah dibelakang tertera X atau XX sebagai contoh 809XTetapi awas sekiranya bapak memasuki rumah kawasan persundalan tersebut. Jangan "main-main" sembarangan.

"Bagi sekali layanan atau dalam bahasa mudah (sekali pancutan), bayaran dikenakan sebanyak Rupiah dua ratus lima puluh ribu manakala seharian sekitar lebih sejuta rupiah.

"Hati-hati pak, awalnya memang sekadar suka-suka tetapi jangan sampai ada sakit," selorohnya.

Menurut Ekow kebanyakan pelancong dari Australia menggemari acara sukan papan luncur air kebiasaanya akan menjadikan Bali sebagai rumah kedua ketika ombak bergelora.

Ekow menggelarkan pelancong seperti ini sebagai "penggemar arak, seks dan liburan".

Gunung berapi Batur, tasik Batur

Apa yang menariknya mengenai kaum primitif orang asli Kintamani, mayat tidak ditanam di mana tanah dikorek sepanjang 50 sentimeter diletakkan dibawah pokok terunyan.

Orang mati tidak normal, orang yang matinya normal dan orang suci bayi, pendita. Apa yang uniknya mayat ditempatkan di kawasan ini tidak berbau dan pengunjung  perlu menaiki bot laju untuk singgah ke kawasan pendalaman tersebut.

Jika ingin pergi ke sana pengunjung dinasihatkan supaya perlu berhati-hati kerana masyarakat orang asli kurang menggemari pelancong luar.

Sumber pendapatan penduduk Bali menjual hasil kraftangan dan perusahaan dan  pertukangan seni ukiran halus kayu, perak, emas, batik dan kaca kristal.

Ubud Palace dan Ubud Market

Tidak lengkap jika pelancong tidak mengunjungi kedua dua tempat tersebut yang sememangnya terkenal dengan hasil kraftangan dan makanan.

Babi guling Ibu Orka paling terkenal di Ubud. Selain itu, ukiran zakar berbentuk kayu kelihatan. Orang Bali ini pemuja seks.

Selamat Hari Raya Nyepi di sambut oleh penduduk Bali pada 12 Mac setiap tahun 

Dan upacara majlis diadakan melangkau 12 hari. Kalau ditangkap di luar bilik mereka diwajibkan untuk membersihkan kuil selama seminggu.

Selain itu mereka akan di saman sebanyak Rupiah 2 juta setengah oleh 'Pencalang' Polis tradisional.  Orang lebih takut dengan Polis pencalang berbanding polis kerajaan.

Pencalang ini terdiri daripada anak-anak muda yang dipilih oleh penduduk tempatan untuk mengawasi dan menjaga kampung mereka. 

Di Bali tiada kes dilaporkan pembuangan bayi kerana semua ingin bayi sebagai mewarisi takhta.

Tanah Lot

Kawasan di sini mempunyai banyak pura luhur atau kuil upacara sembahyang bagi penganut Hindu.

Mengikut kepercayaan masyarakat Bali pasangan yang sudah berkahwin akan berkekalan sehingga ke syurga.

Bagi pasangan yang belum menikah dan  masih berpacaran akan putus dalam masa beberapa hari atau beberapa bulan.

Tidak digalakkan bagi pasangan belum berkahwin untuk mengunjungi kawasan pelancongan tersebut.

Pemandangan di Tanah Lot sangat cantik dan menarik dengan desiran ombak serta batu terletak dipinggirannya.

Benoa

Ini adalah tempat yang orang tempatan kata 'boleh' lah jika ingin melakukan aktiviti lautan seperti snorkeling dan scuba.

P/S: Gambar - gambar di Bali akan menyusul dalam beberapa hari. Tuunggggguuuu!!!!! :D