14 Mac 2013

EDISI BONGKAR | :Pemilik Pusat Urut Tanam Modal Di Shah Alam



Walaupun sebelum ini premis pusat urut terletak di Jalan Tukul P15/5 Seksyen 15 Shah Alam pernah diserbu oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)  di mana barangan seperti katil, bantal serta tilam dirampas, namun pemilik premis tetap berdegil membuka kedai seperti biasa.

Selain itu terdapat satu pusat urut berselindung papan iklan pusat refleksologi dan spa turut beroperasi sederet dengan bangunan kedai pejabat tersebut dibawah kawasan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang juga merupakan Yang diPertua PAS Shah Alam.

Malah, penulis turut meninjau kawasan berkenaan  sebelah siang dan malam semalam bagi  mendapatkan kepastian serta membuktikan kesahihan sama ada pusat urut beroperasi atau tidak.

Penulis turut mendapati terdapat kira-kira dua kamera CCTV di pasang di luar persiaran kaki dan juga di bahagian tangga.

Mana pergi Khalid Samad selama ini lantang bersuara di laman sosial kononnya memperjuang agama Islam tetapi akhirnya kantoi yang dia sendiri gagal menangani isu kewujudan pusat urut di kawasannya sendiri.


Beberapa gambar luar premis pusat urut sempat dirakam:-


 Keadaan pusat urut pada sebelah siang

 Meriah: Cahaya lampu berkelipan waktu malam



.









Papan iklan simbol tapak kaki premis pusat urut


Cahaya lampu neon berkelipan tarik perhatian orang ramai
Pusat urut berselindung papan iklan refleksologi dan spa 

Lampu papan iklan pusat urut dibuka sebelah malam

13 Mac 2013

EDISI BONGKAR: Pusat Urut Beroperasi Di DUN Pesuruhjaya PAS Selangor



Beberapa premis pusat urut dikesan beroperasi secara haram di deretan kedai pejabat di Klang Sentral  dengan berselindung di sebalik nama pusat urutan refleksiologi dan spa.

Tinjauan baru-baru ini ke salah satu kawasan dibawah jagaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru yang juga merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abdul Rani Osman mendapati terdapat tiga pusat urut beroperasi dalam satu kawasan perdagangan di Klang Sentral yang baru dibuka di pekan itu.

Pengusaha pusat urut masih berdegil dan meneruskan operasi seperti biasa mulai jam 10 pagi sehingga larut malam walaupun sebelum ini Majlis Perbandaran Klang (MPK) pernah mengambil tindakan dan mengenakan kompaun dalam satu serbuan dilakukan pada tahun lepas
.
Ada antara pemilik premis pusat urut menurunkan papan tanda iklan terpampang di bangunan  taktik mengaburi pihak berkuasa sebaliknya pintu masuk ke premis itu masih dibuka seperti biasa.

Sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan serbuan pihak berkuasa, pemilik pusat dilihat mengupah beberapa orang individu yang ditempatkan di luar premis berkenaan bertujuan memantau serta memerhatikan setiap pergerakan kenderaan yang mencurigakan.


Pemilik pusat urut turut menggantungkan kain rentang mengenai promosi pembukaan pusat urut secara rasmi kepada orang ramai serta penduduk sekitar pada 18 Ogos tahun lepas.

Selang beberapa deretan pusat urut itu terdapat beberapa deretan kedai pejabat disewa oleh majikan untuk dijadikan sebagai hostel penginapan kepada warga asing bekerja di sekitar pekan tersebut.



Akhbar sebelum ini turut melaporkan terdapat enam premis pusat urut di pekan Kuala Selangor yang beroperasi secara haram dibawah pemimpin PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.

Manakala di Sabak Bernam satu premis rumah urut serta Sungai Besar empat premis pusat urut beroperasi secara haram.

Jumlah rumah urut yang semakin bertambah di Selangor membimbangkan banyak pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa pusat-pusat urut tumbuh bagai cendawan sehingga merebak ke kawasan penempatan setinggan sejak kebelakangan ini.

Menurut mereka, di kawasan Pandan Indah sahaja, terdapat lebih 80 pusat urut, di Klang lebih 200 manakala berpuluh-puluh lagi di Kuchai Lama, Damansara dan Ampang Jaya.

FAKTA| Kerajaan Sgor: Tindakan tegas termasuk rampas hartanah pemilik rumah urut - AUTA| sandiwara semata-mata?

Difahamkan 23 Mei lalu, Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil tindakan tegas termasuk risiko merampas hartanah pemilik premis rumah urut jika membenarkan premis mereka terus digunakan untuk menjalankan perkhidmatan tersebut.


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakan merampas hartanah pemilik premis rumah urut itu boleh dilaksanakan mengikut undang-undang sedia ada.

Beliau menegaskan ini bermakna tindakan berkenaan bukan sahaja boleh dikenakan kepada pengendali perniagaan rumah urut malah pemilik premis rumah urut tersebut juga boleh dikenakan tindakan.

“Kita tegaskan jika mereka melanggar undang-undang bukan sahaja bisnes itu sahaja yang disita, malah bangunan, hartanah akan turut dirampas.

“Jadi risiko untuk menjalankan perniagaan ini mestilah di tangan semua pihak iaitu mereka yang menjalankan perniagaan dan yang memiliki premis tersebut,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco tersebut.

FAKTA| Khalid Arah PBT bincang kaedah pencegahan pusat urut berleluasa di Selangor - AUTA| Tiada tindakan sehingga kini!!

Abdul Khalid berkata, pertemuan akan diadakan pada minggu depan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membincangkan kaedah pencegahan rumah urut yang semakin berleluasa di Selangor.


Bagaimanapun, beliau menjelaskan kerajaan negeri menghadapi masalah membabitkan penguatkuasaan undang-undang sedia ada untuk membanteras berleluasanya premis haram ini.

“Isu besar yang dihadapi dalam pentadbiran kerajaan negeri ialah ruang pemisah antara polisi dan undang-undang dalam pelaksanaannya.

“Kedua-duanya perlu disatukan.Tak ada makna kalau kita buat polisi tapi ia tak dilaksanakan dengan baik,” katanya.

FAKTA| Ronnie: Tiada lesen rumah urut & pusat hiburan baharu di Selangor sejak 2008 - AUTA| Kewujudan pusat urut  haram semakin bertambah!!

Laporan portal milik kerajaan Selangor 21 November lalu, Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri pada Mac 2008, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak lagi meluluskan sebarang permohonan lesen bagi rumah urut, pusat hiburan awam dan pusat siber.

Bagaimanapun, menurut Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu, premis yang mempunyai lesen sebelum 2008 masih boleh memperbaharui lesen mereka.

“Lesen mereka masih boleh diperbaharui setiap tahun selagi tidak melanggar syarat-syarat lesen dan undang-undang sedia ada,” katanya ketika menjawab soalan lisan daripada Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz di Sidang DUN.

Dipetik dari TV Selangor, Ronnie juga memaklumkan dewan bahawa lesen baru hanya diberikan untuk pusat penjagaan kesihatan seperti refleksologi, aromaterapi, fisioterapi, spa dan sauna serta gimnasium.

Ini termaktub dalam Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan.

Sementara itu, bagi aktiviti pusat hiburan pula, lesen baru hanya dibenarkan bagi aktiviti pusat istirehat dan pusat hiburan keluarga.

Antara lain ialah karaoke keluarga, kiosk karaoke, pusat bowling, ‘fun fair’ dan pusat hiburan keluarga yang menyediakan beberapa bentuk hiburan seperti ‘kiddyride’ dan mesin simulator.

“Mereka juga perlu mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan iaitu tidak menghidangkan atau menyediakan minuman keras kepada pelanggan,” tegas Ronnie yang juga Adun Pandamaran.

Sejak 2008 sehingga kini, sejumlah 179 lesen pusat penjagaan kesihatan, 1,278 lesen pusat hiburan keluarga dan istirehat serta 224 lesen hotel bajet dikeluarkan Kerajaan Negeri.