Memaparkan catatan dengan label Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad. Papar semua catatan

26 Januari 2014

Pengalaman: Kecut Perut......

Kredit The Mole

Siapa yang tak kecut perut bila pertama kali mendapat panggilan telefon daripada peguam memaklumkan bahawa "anda" dipanggil untuk memberi keterangan Sepina berhubung artikel yang pernah anda tulis dan diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia kira-kira dua tahun lepas.


Ia bukannya panggilan telefon biasa yang anda pernah jawab sebelum ini  (agen insuran atau agen pusat pelancongan) yang membuatkan anda dengan selamba menjawab tidak (disertai dengan ayat mencarut) dan terus letak telefon.

Ingatkan pemimpin politik parti A  ingin menyaman anda berpunca artikel provokasi yang anda cetuskan tetapi sebaliknya mahu anda memberikan keterangan Sepina kerana ingin  mendakwa dan menyaman pemimpin politik parti B.

Lega rasanya hati bila mendengar penjelasan sedemikian rupa. Haha.

Aku malas nak memberikan huraian panjang lebar. Tenang. Kronologi seperti di bawah.

Rujukan:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

http://www.astroawani.com/news/show/mahkamah-perintah-khalid-samad-bayar-rm320-ribu-kepada-hasan-ali-26041

http://selangor.kehakiman.gov.my/sites/selangor.kehakiman.gov.my/attachments/Guaman_sivil_No_22NCVC455042012_.pdf

14 Mac 2013

EDISI BONGKAR | :Pemilik Pusat Urut Tanam Modal Di Shah Alam



Walaupun sebelum ini premis pusat urut terletak di Jalan Tukul P15/5 Seksyen 15 Shah Alam pernah diserbu oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)  di mana barangan seperti katil, bantal serta tilam dirampas, namun pemilik premis tetap berdegil membuka kedai seperti biasa.

Selain itu terdapat satu pusat urut berselindung papan iklan pusat refleksologi dan spa turut beroperasi sederet dengan bangunan kedai pejabat tersebut dibawah kawasan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang juga merupakan Yang diPertua PAS Shah Alam.

Malah, penulis turut meninjau kawasan berkenaan  sebelah siang dan malam semalam bagi  mendapatkan kepastian serta membuktikan kesahihan sama ada pusat urut beroperasi atau tidak.

Penulis turut mendapati terdapat kira-kira dua kamera CCTV di pasang di luar persiaran kaki dan juga di bahagian tangga.

Mana pergi Khalid Samad selama ini lantang bersuara di laman sosial kononnya memperjuang agama Islam tetapi akhirnya kantoi yang dia sendiri gagal menangani isu kewujudan pusat urut di kawasannya sendiri.


Beberapa gambar luar premis pusat urut sempat dirakam:-


 Keadaan pusat urut pada sebelah siang

 Meriah: Cahaya lampu berkelipan waktu malam



.









Papan iklan simbol tapak kaki premis pusat urut


Cahaya lampu neon berkelipan tarik perhatian orang ramai
Pusat urut berselindung papan iklan refleksologi dan spa 

Lampu papan iklan pusat urut dibuka sebelah malam