22 Disember 2011

Bila angka 12 mula menjelma






Tinggal beberapa hari lagi sebelum tahun 2011 melabuhkan tirainya dan mengucapkan selamat datang kepada tahun 2012.

Pertukaran posisi

"Dalam permainan bola sepak setiap pasukan akan merangka strategi dan corak permainan kepada keseluruhan pemainnya pada awal musim.


Tetapi bila melihat pihak pengurusan tidak mahu membeli pemain baru dan masih mengekalkan taktik sama (pertengahan liga) sudah pastinya pasukan itu akan menduduki senarai tercorot dalam liga bola sepak. 


Mengambil contoh:- situasi posisi penyerang (striker) agresif tiba-tiba bertukar posisi (midfield) atau bek pertahanan.

Sesebuah pasukan perlu mengikut cara pasukan Belanda yang sejak dari dulu lagi mengamalkan 'total football' dan bukannya negara seperti Itali, Argentina dan Brazil mengamalkan 'counter attack', 'attacking' atau 'defensive' semata-mata".

Pada pendapat aku, bukan mudah nak 'setup' sebuah pasukan menjadi juara dan disegani lawan, lain lah kalau peruntukan diberikan itu disalurkan kepada perkara yang betul dan tidak diseleweng, barulah pasukan itu akan meningkat naik.


Oh ya, rezeki ada di mana-mana!

Anak Adam dan Hawa itu perlu bangkit memperjuangkan hak serta maruah diri sebagai seorang insan memperjuangkan untuk Agama, BAngsa dan TAnahair.

Sementara aku akan meneruskan kehidupan tanpa menoleh ke belakang dan terus mengejar cita-cita dan impian, semoga dimakbulkan olehNYA - Amin.

Tiada ulasan: