ANALISIS: Sejak kebelakangan ini persoalan yang sering berlegar-legar di minda penulis berhubung projek nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan adalah mengapa isu Lynas perlu dipolitikkan pemimpin pembangkang sedangkan pembinaan kilang itu diyakini selamat sekaligus dijangka mampu menjana pelaburan dan peluang pekerjaan serta ekonomi negara pada masa hadapan.
Apakah pemimpin Pakatan Rakyat (PR) seolah-olah sudah kekeringan idea atau kehabisan modal semata-mata untuk meraih undi simpati rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan datang apabila mendakwa bahawa projek Lynas sangat merbahaya dan akan memudaratkan kesihatan orang awam.
Ini kerana mereka seringkali menaburkan fitnah kepada kerajaan dengan mendakwa sekiranya projek Lynas Gebeng dibina dan beroperasi kelak- rakyat akan menerima nasib yang sama seperti terjadi sekitar tahun 70-an di mana penduduk pada ketika itu menderita penyakit kulit kesan radioaktif terhasil daripada loji pemprosesan thorium dan loji janakuasa nuklear Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah Ipoh.
Berdasarkan fakta yang diperolehi, projek Lynas tidak sama dengan ARE kerana ia menggunakan 'monazite' sebagai bahan mentah yang diekstrak dari tahi biji timah atau amang yang mengandungi kandungan radioaktif 37 kali ganda lebih tinggi daripada bahan mentah Lynas iaitu 'Lanthanide'. Sisa-sisa ARE juga adalah 60 kali lebih tinggi kadar radiasinya.
Sewaktu operasi ARE sekitar tahun 1970-an, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) belum ditubuhkan sekali gus menyebab pemantauan secara sistematik tidak dapat dilaksanakan berbanding pada masa kini piawaian keselamatan yang dikenakan oleh AELB adalah setanding malah lebih ketat daripada piawaian antarabangsa.
Nadir bumi atau 'Processing Plant' terhasil secara semulajadi di mana ia merupakan elemen penting dalam inovasi teknologi hijau termasuk dalam pelbagai pembuatan produk seperti telefon bimbit, pemacu cakera, 'catalytic converter', turbin angin, bateri kereta hybird dan papan skrin rata.
Malah, permintaan dunia untuk nadir bumi meningkat pesat dan dijangka akan melebih bekalan di masa hadapan di mana pada masa kini negara China menghasilkan sekitar 97 peratus dari bekalan dunia.
Sebelum mengeluarkan kenyataan kita perlu mengkaji dan meneliti semua aspek terlebih dahulu berkenaan risiko dan bahaya yang terhasil dari nadir bumi atau 'Processing Plant' kilang Lynas ini.
Berita selanjutnya sila layari : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WobJlj#
Tiada ulasan:
Catat Ulasan