|
Tahap kebebasan media di seluruh dunia |
Rabu lalu, Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengeluarkan Indeks Kebebasan Akhbar Sedunia 2014 yang menyaksikan kejatuhan berterusan Malaysia dalam tangga kebebasan akhbar.
RSF meletakkan Malaysia di tangga 147 daripada 180 negara. Kedudukan itu paling buruk bagi negara ini dalam tempoh 12 tahun terakhir.
Penulis berpendapat tindakan Gerakan Media Marah (GERAMM) menggesa wartawan dan orang ramai untuk menyokong kebebasan media dengan menandatangani petisyen
http://www.change.org/id/petisi/wartawan-dan-pengamal-media-sila-tandatangan atau mengeluarkan kenyataan dan hebahan media sama sekali tidak memadai.
Tiada niat untuk membantah atau memperlekehkan usaha yang dilakukan oleh GERAMM yang baru dua tiga bulan ditubuhkan. Penulis melihat kewujudan itu sebagai satu perkembangan positif khususnya untuk pengamal media dan kebebasan akhbar negara ini amnya. Ia merupakan satu agenda, usaha serta nilai yang murni "menyatupadukan" (mengikut persepsi penulis) seluruh pengamal media di negara ini.
Tidak dapat dinafikan dengan kempen yang dianjurkan GERAMM, sedikit sebanyak tercetus atau wujud
kesedaran dalam kalangan pengamal media dan khalayak umum merupakan pengguna media sosial seperti Facebook dan Twitter.
Maaf cakap, adakah gesaan itu hanya satu gesaan dan hari seterus dan berikutnya hanyalah gesaan sahaja atau selepas daripada kenyataan media ini akan ada satu susulan, mungkin cadangan, mekanisme atau tindakan lebih konkrit?.
Mari kita sama-sama berfikir sejenak, berapa ramai dalam kalangan pemimpin politik baik Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan yang menyokong penuh 8 tuntutan GERAMM ini? (Tidak termasuk pemimpin NGO) Kerana sebelum ini mereka yang melaungkan kebebasan media.
Adakah pemimpin politik ini benar-benar mendengar luahan serta rintihan GERAMM dan pengamal media. Saya percaya bilangannya boleh dihitung dengan jari atau mungkin tidak ada sokongan (kalau ada pun sekadar "acah-acah" menyokong sahaja).
Apa yang bermain-main dalam minda atau gambaran penulis;
Situasi A: Sekiranya pemimpin politik membaca atau terbaca kenyataan 8 tuntutan GERAMM di laman sosial Facebook atau Twitter pun hanya "sekilas pandang".
Situasi B: Dan sekiranya pemimpin politik mendengar atau terdengar kenyataan 8 tuntutan GERAMM menerusi perbualan seharian, telefon atau sebagainya pun ibarat "masuk telinga kanan keluar telinga kiri".
Persoalan yang timbul, bagaimanakah langkah atau prosedur sebenarnya mampu memberi impak serta meninggalkan kesan mendalam. Tenang.
Apa kata, kita rehatkan minda dan lupakan sekejap (tiga minit) persoalan itu.
Siapa Mike Tyson?
Penulis ingin menceritakan serta mengimbau kembali sejarah bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson. Beliau dilaporkan mula menggunakan nama Islamnya Malik Abdul Aziz selepas keluar dari penjara 1995.
Siapa yang tidak mengenali Mike Tyson, dia pernah digelar ‘lelaki paling jahat di dunia’ dan turut disenarai dalam ‘International Boxing Hall of Fame’.
Di kemuncak kariernya, Tyson berjaya menundukkan juara Majlis Tinju Dunia (WBC), Trevor Berbick di pusingan kedua sekali gus menempa sejarah sebagai juara dunia heavyweight termuda ketika usianya baru mencecah 20 tahun.
Jika disoroti waktu zaman kanak-kanaknya, tiada siapa menyangka, semasa berusia 8 tahun, Mike Tyson atau nama sebenarnya Michael Gerard pernah menjadi mangsa buli sekumpulan remaja lelaki, Akibat tidak tahan dibuli saban hari, akhirnya dia bangkit dan terus memukul pembulinya berkali-kali.
Sejak itu, sikap Tyson yang pendiam dan pemalu, berubah menjadi berani dan liar untuk sesuaikan diri kehidupan sosial di Brooklyn, kawasan yang baru dia sekeluarga berpindah.
Kenakalan Mike Tyson ketika zaman kanak-kanaknya yang juga dipengaruhi faktor keluarga kurang stabil menyebabkan dia keluar masuk penjara juvana.
Pelatih tinju terkenal, Cus D’Amato tertarik dengan bakat Mike Tyson untuk dilatih menjadi peninju profesional. Pada 6 Mac 1985, beliau bertanding secara profesional di Albany, New York dan menang pada setiap pusingan pertama bagi 16 perlawanan. Itulah serba sedikit coretan kehidupan sisi gelapnya.
Ok, kita berbalik semula kepada persoalan dinyatakan seperti di atas. Serius, sebenarnya penulis hanyalah ingin memberikan cadangan bagi memastikan gesaan dan tekanan keatas parti politik baik pemerintah mahupun pembangkang berterusan sehingga berjaya mencapai objektif sasaran.
1) Cadangan supaya menganjurkan atau mengadakan satu pertemuan atau forum meja bulat - SIRI 1.0, 2.0, 3.0 atau seterusnya dengan menjemput wakil daripada pemimpin parti politik BN-Pakatan bertujuan membincang, memperhalusi serta mendapatkan sokongan penuh 8 tuntutan GERAMM yang dihadiri wakil daripada pengamal media GERAMM, NUJ, NGO atau mana-mana organisasi yang terlibat.
2) Sekiranya kata sepakat berjaya dicapai, kedua-dua pemimpin mewakili parti politik perlu menandatangani perjanjian memorandum persefahaman (MoU) - Kebebasan Media 8 tuntutan GERAMM - bersama pengamal media lain
Info selanjutnya mengenai GERAMM
Sila klik
https://www.facebook.com/GerakanMediaMarah/posts/804875459529002