Memaparkan catatan dengan label pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengalaman. Papar semua catatan

26 September 2015

Catur lambang salib: Berapa ramai orang Melayu dah murtad?


Bila 'permaisuri' ada lambang salib. Kita sanggup patahkan kononnya boleh menyebabkan akidah terpesong.

Sejak dari dahulu lagi sentimen agama penyebaran persepsi negatif menakut-nakutkan umat Islam (baca: membenci agama lain) ini mula menular di era 80-an.

Ejen propaganda dikesan, bukannya datang dari siaran televisyen atau corong radio sebaliknya dari mulut ke mulut.

Ya, pada masa tu tiada media sosial, kalau tak silap aku.

Berbalik kepada kisah 'permaisuri' tadi, ada sesiapa tahu maklumat dah berapa ramai orang kita murtad dalam isu ini?

Ada sesiapa boleh bagi satu nama individu dinobatkan sebagai juara mewakili Malaysia, sejak 1998 hingga 2014?

Hebat sungguh permainan ini, bukan?



P/S: Aku dah nonton filem berdasarkan kisah benar ni. Dalam panggung cuma ada 5 penonton. Hari pertama kurang sambutan. Tengok trailer Pawn Sacrifice klik di sini

Sebenarnya raja mempunyai lambang salib bukannya permaisuri. Ia memang disengajakan nak tengok tahap kesedaran kau, Checkmate bro!

"Catur permainan membosankan!", "Orang tua!" - antara komen langsung tak membina terpacul keluar daripada mulut individu persekitaran aku yang ditemui secara rawak ketika diajukan soalan asas mengenai permainan ini

Kesimpulannya, bila keseluruhan filem selesai ditayangkan, keluar senarai nama pengarah, krew produksi filem ni. Secara automatik, aku berdiri dengan bergenangan air mata sambil tepuk tangan paling kuat!.  

11 September 2015

Antara The King's Speech dan Mat



KESELURUHAN jalan cerita serta plot filem The King's speech begitu terkesan dengan Mat, terutama sekali watak utama Raja sangat dekat dengan Mat, ironinya kedua-dua mereka menghidap simptom penyakit kesukaran menyebut sesuatu perkataan atau ejaan suku kata lengkap.

Raut wajah Mat jelas menunjukkan mimik muka penuh kepuasan. Seolah-olah seperti Mat baru mendapat wahyu yang entah dari mana datangnya.

Jenuh dan puas Mat berfikir, mencari cari jawapan bagi menyelesaikan teka teki bermain dalam minda. Mana tidaknya, selama 30 tahun Mat berperang dengan diri sendiri.

Masalah dihadapi pertuturan seharian atau sinonimnya gagap.

Perasaan rendah diri dan malu sangat menebal membuatkan raja itu tidak mempunyai keyakinan tampil
berucap di hadapan rakyat jelata.

 Hairan bin ajaib, tak berkelip mata Mat menonton filem berdurasi 1 jam 18 minit itu. Statik, tak banyak bergerak, hendak menyalakan rokok sebatang pun payah.

Semacam ada 'chemistry dan bonds' antara Mat dan filem itu.

Bersambung.....

03 Mei 2015

Pernah kau rasa merempat di bumi sendiri?



Katakan lah kau dilahirkan di Kelantan, ibu kota Kota Bharu. Kemudiannya dibesarkan di Johor
Darul Takzim, ibu kota Johor Bahru.Zaman pembelajaran kau cukup sempurna ketika dibangku sekolah rendah.

Fasa pertama

Tiba-tiba terlintas dalam kepala kau pada waktu itu (apa benda dorang ejek ni?) apabila rakan-
rakan sewaktu zaman sekolah menengah (usia remaja meningkat naik) mula memperli kerana mendapat
tahu kau bukan anak jati dilahirkan di negeri tersebut.

Fasa kedua

Selepas tamat SPM 1998 dengan kelulusan tak berapa semegah, kau mengisi borang permohonan
jawatan kosong kakitangan dimiliki kerajaan negeri dan anak syarikat. Kau terkejut ada soalan;
berapa lama sudah menetap atau pemaustatin tetap di negeri Johor?

(Pada tahun 1998 senario politik negara bergolak - Zaman Reformasi - Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu Timbalan Perdana Menteri dipecat oleh Tun Mahathir Mohamad ketika itu Perdana Menteri)

Bila difikirkan sekali lalu semasa mengisi borang tersebut, ada logiknya juga, mereka nak pemohon luar sudah berhijrah lebih 5 tahun, mungkin.

Apa itu semangat kenegerian

Kau isi angka 17 TAHUN menetap atau (pemaustatin tetap) di Johor. Selang beberapa minggu, kau antara calon terpilih dipanggil untuk ditemuduga, kau rasa gembira.

Bila kau masuk dalam bilik, kau berhadapan lima orang panel penemuduga siap 'coat', bertali eher. Kau kelihatan tenang kerana sudah bersiap sedia.

Soalan asas pertama ditanya "sila perkenalkan diri dan latar belakang".  Saya dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan, dibesarkan di Johor Bahru. Bila kau selesai jawapan je.

Lahir Kelate automatik sokong PAS

Kemudian, kau mula dapati soalan diberikan seorang demi seorang panelis penemuduga (lari tajuk) sepatutnya relevan atau lebih tertumpu kepada skop jawatan atau berkaitan. Kau masih 'cool' dan anggap itu
semua 'lumrah' calon ditemuduga.

Salah seorang panelis bertanya soalan bonus, sudah berapa lama anda menetap di Johor Bahru? Aku
hanya mampu tersenyum dan menerangkan dengan panjang lebar kepada kelima para panelis.

Kalau diikutkan, nak aku menjawab secara sinikal "Encik, bukankah terang terang saya dah tulis
dalam borang, apa kau tak baca ke? "Kau tak dengar masa aku bercakap ada ke kau dengar mana-
mana ayat "terkantoi" loghat standard bercampur dialek kelantan?

Lucu bukan?





18 Februari 2014

Cuba lagi


Tahun lepas masuk dua pertandingan drama pendek. 

Bersama rakan seperjuangan satu kolej dahulu, Hasz, Man dan Nizam.

Drama pendek pertandingan Yahoo Cili Padi Awards 2013

Sinopsis

*Monolog seorang lelaki mengenai pancaroba kehidupan di Kota Batu. Ekspresi mengenai segala persoalan yang selalu bermain dalam minda diantara fantasi, ilusi dan realiti. (karya oleh hasz noh)




Link: http://my.entertainment.yahoo.com/video/kota-batu-072246553.html;_ylt=Aqf6MK0g82pWGikx1bi..EuIwmNH;_ylu=X3oDMTE2dmxpcWNvBG1pdAMEcG9zAzUEc2VjA01lZGlhQkNhcm91c2VsTWl4ZWRMUENB;_ylg=X3oDMTBhYXJ2OGFxBGxhbmcDZW4tTVk-;_ylv=3


Dan juga ini.





Walaupun tak berjaya, cuba lagi untuk tahun ini, tahun depan dan tahun yang berikutnya. Hehe

Bak baik-bait lirik dalam lagu ni. - Cuba lagi - Malique ft Lah -



15 Februari 2014

Ayuh bebaskan media di Malaysia daripada sudut kacamata

Tahap kebebasan media di seluruh dunia

Rabu lalu, Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengeluarkan Indeks Kebebasan Akhbar Sedunia 2014 yang menyaksikan kejatuhan berterusan Malaysia dalam tangga kebebasan akhbar.

RSF meletakkan Malaysia di tangga 147 daripada 180 negara. Kedudukan itu paling buruk bagi negara ini dalam tempoh 12 tahun terakhir.


Penulis berpendapat tindakan Gerakan Media Marah (GERAMM) menggesa wartawan dan orang ramai untuk menyokong kebebasan media dengan menandatangani petisyen http://www.change.org/id/petisi/wartawan-dan-pengamal-media-sila-tandatangan atau mengeluarkan kenyataan dan hebahan media sama sekali tidak memadai.

Tiada niat untuk membantah atau memperlekehkan usaha yang dilakukan oleh GERAMM yang baru dua tiga bulan ditubuhkan. Penulis melihat kewujudan itu sebagai satu perkembangan positif khususnya untuk pengamal media dan kebebasan akhbar negara ini amnya. Ia merupakan satu agenda, usaha serta nilai yang murni "menyatupadukan" (mengikut persepsi penulis) seluruh pengamal media di negara ini.

Tidak dapat dinafikan dengan kempen yang dianjurkan GERAMM, sedikit sebanyak tercetus atau wujud
kesedaran dalam kalangan pengamal media dan khalayak umum merupakan pengguna media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Maaf cakap, adakah gesaan itu hanya satu gesaan dan hari seterus dan berikutnya hanyalah gesaan sahaja atau selepas daripada kenyataan media ini akan ada satu susulan, mungkin cadangan, mekanisme atau tindakan lebih konkrit?.

Mari kita sama-sama berfikir sejenak, berapa ramai dalam kalangan pemimpin politik baik Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan yang menyokong penuh 8 tuntutan GERAMM ini?  (Tidak termasuk pemimpin NGO) Kerana sebelum ini mereka yang melaungkan kebebasan media.

Adakah pemimpin politik ini benar-benar mendengar luahan serta rintihan GERAMM dan pengamal media. Saya percaya bilangannya boleh dihitung dengan jari atau mungkin tidak ada sokongan (kalau ada pun sekadar "acah-acah" menyokong sahaja).

Apa yang bermain-main dalam minda atau gambaran penulis;

Situasi A: Sekiranya pemimpin politik membaca atau terbaca kenyataan 8 tuntutan GERAMM di laman sosial Facebook atau Twitter pun hanya "sekilas pandang".

Situasi B: Dan sekiranya pemimpin politik mendengar atau terdengar kenyataan 8 tuntutan GERAMM menerusi perbualan seharian, telefon atau sebagainya pun ibarat "masuk telinga kanan keluar telinga kiri".

Persoalan yang timbul, bagaimanakah langkah atau prosedur sebenarnya mampu memberi impak serta meninggalkan kesan mendalam. Tenang.

Apa kata, kita rehatkan minda dan lupakan sekejap (tiga minit) persoalan itu.

Siapa Mike Tyson?

Penulis ingin menceritakan serta mengimbau kembali sejarah bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson. Beliau dilaporkan mula menggunakan nama Islamnya Malik Abdul Aziz selepas keluar dari penjara 1995.
Siapa yang tidak mengenali Mike Tyson, dia pernah digelar ‘lelaki paling jahat di dunia’ dan turut disenarai dalam ‘International Boxing Hall of Fame’.

Di kemuncak kariernya, Tyson berjaya menundukkan juara Majlis Tinju Dunia (WBC), Trevor Berbick di pusingan kedua sekali gus menempa sejarah sebagai juara dunia heavyweight termuda ketika usianya baru mencecah 20 tahun.

Jika disoroti waktu zaman kanak-kanaknya, tiada siapa menyangka, semasa berusia 8 tahun, Mike Tyson atau nama sebenarnya Michael Gerard pernah menjadi mangsa buli sekumpulan remaja lelaki, Akibat tidak tahan dibuli saban hari, akhirnya dia bangkit dan terus memukul pembulinya berkali-kali.

Sejak itu, sikap Tyson yang pendiam dan pemalu, berubah menjadi berani dan liar untuk sesuaikan diri kehidupan sosial di Brooklyn, kawasan yang baru dia sekeluarga berpindah.

Kenakalan Mike Tyson ketika zaman kanak-kanaknya yang juga dipengaruhi faktor keluarga kurang stabil menyebabkan dia keluar masuk penjara juvana.

Pelatih tinju terkenal, Cus D’Amato tertarik dengan bakat Mike Tyson untuk dilatih menjadi peninju profesional. Pada 6 Mac 1985, beliau bertanding secara profesional di Albany, New York dan menang pada setiap pusingan pertama bagi 16 perlawanan. Itulah serba sedikit coretan kehidupan sisi gelapnya.

Ok, kita berbalik semula kepada persoalan dinyatakan seperti di atas. Serius, sebenarnya penulis hanyalah ingin memberikan cadangan bagi memastikan gesaan dan tekanan  keatas parti politik baik pemerintah mahupun pembangkang berterusan sehingga berjaya mencapai objektif sasaran.

1) Cadangan supaya menganjurkan atau mengadakan satu pertemuan atau forum meja bulat - SIRI 1.0, 2.0, 3.0 atau seterusnya dengan menjemput wakil daripada pemimpin parti politik BN-Pakatan bertujuan membincang, memperhalusi serta mendapatkan sokongan penuh 8 tuntutan GERAMM yang dihadiri wakil daripada pengamal media GERAMM, NUJ, NGO atau mana-mana organisasi yang terlibat.

2) Sekiranya kata sepakat berjaya dicapai, kedua-dua pemimpin mewakili parti politik perlu menandatangani perjanjian memorandum persefahaman (MoU) - Kebebasan Media 8 tuntutan GERAMM - bersama pengamal media lain

Info selanjutnya mengenai GERAMM
 Sila klik  https://www.facebook.com/GerakanMediaMarah/posts/804875459529002






18 Februari 2013

Amaran: Video tontonan 18 tahun ++


Gambar hiasan

Selain tugasan harian menulis artikel untuk disiarkan di portal berita Malaysiakini.com dan Komunitikini.com. 

Aku juga gemar membuat tugasan 'multi-tasking' ambil  rakaman video walaupun  stail "amatur - video gegar dan goyang  tanpa 'tripod'. haha 

Secara tak langsung aku dapat pengalaman baru. Tak lupa tunjuk ajar 'angel dan shot' daripada sifu 'Shuf'. 

P/S:  Aku harap korang jangan salah faham, pasal apa yang aku nak tunjukkan bukan  rakaman video ' panas'. Haha. Tipah tertipu bang, Tipah tertipu. :p  


Tembok Sekolah Condong




Penjaja projek Little India dakwa ditindas




Hospital staff demand apology over police report




80 hari ditangkap tanpa penjelasan

12 Februari 2013

Idea: Cerita tak berapa pendek



Romper Stomper


Pengaruh budaya Skinhead dan Punks di Malaysia

Mula menular di Johor Bahru pada 1995 daripada negara jiran Singapura.

Kaset kumpulan The Exploited, The Ramones, The Clash dan banyak lagi dijual sekitar RM3 - RM5 'dubbing' manakala Fanzine seperti "Sufferage" dijual RM2 macam tu lah * maaf tak berapa ingat harga*

Abang masa tu tingkatan empat  kerja 'partime' di Sentosa jb kebetulan ada sebuah kedai Habib menjual barangan kaset, T-shirt 'rare' underground hingga ke barang skater dan kenal dengan sorang mamat selalu keluar masuk singapura.

Pertama kali dengar lagu punk kaset kat radio, kemudiannya kaset skins, lirik dan maksud mendalam sanggup cari kamus untuk tafsir.

Lebih kepada kehidupan realiti golongan ditindas.

Masa tu zaman video tape, ada member bawa judul filem Romper Stomper - mula dari situ terus terjebak dengan budaya skinheads bersama dua orang rakan baik zaman sekolah.

Malam tu jugak kita orang dengan pantas pinjam mesin rambut member terus potong botak tapak satu. Kahkahkah.

Sampai satu tahap idea dan kreativiti sampai, selamber aku guna 'liquid paper' lukis lambang bendera England kat beg sekolah.

Masa tu budak sekolah dressing pakai seluar bootcut, kasut Converse ikat tali cerut. Stail aku lain sket stok seluar senteng, kasut Coleman belakang ada bendera. baju sekolah tahun lepas stok takde kocek depan. Haha.

Masa pergi sukan sekolah kat stadium larkin dressing skins, lepak dalam stadium ada sorang budak brader nama dia Aji Punk jugak la tegur kenapa pakai tali kasut Docmart putih kerana ada kod tertentu. Tali  kasut putih pengaruh Nazi 'White Power'. lebih baik pakai tali merah atau hitam.

Bagitau yang baru join tak pernah ikut mana-mana kumpulan, dia ajak turun shopping kompleks Plaza Pelangi sesi berkenalan dengan budak punk.

Masa nak balik Aji dengan geng aku tengah berjalan pulang waktu itu kena gegar dengan budak flat yang anti Skinheads.

Mula-mula turun sorang budak  kat situ cari pasal, lepas budak tu blah tiba-tiba ramai keluar daripada celah flat aku perasaan ikut dari belakang lebih 7 orang siap dengan kayu bagai.

Kita org berjalan dengan laju, Aji suruh ikut laluan ke pasar awam Larkin pasal kat situ ada peniaga  ikan dan daging apa-apa hal boleh capai pisau ke parang untuk mempertahankan diri.

Kita orang lalu celah penjual ikan dan daging, tengok belakang budak flat masih ikut. tembus ke terminal bas larkin terus naik bas menuju ke Masai/ Pasir Gudang.

Ada dua orang budak flat naik atas bas lepas itu kita orang bangun daripada tempat duduk dorang takut turun. bas jenis tingkap bukak salah seorang geng bengang ludah budak sambil tunjuk isyarat 'fuck' kat dorang. Puas hati. Berdekah-dekah gelak dalam bas.

P/S: Antara salah satu  pengalaman 'warna warni' dalam kehidupan. Apa-apa pun sesiapa yang rasa nak beri idea atau pandangan sedapkan cerita pendek yang tak siap ni amat dialu-alukan. :D

5EA1 - SMPJ - 1998 









26 Januari 2013

I`m so tired




out here i can barely see my breath
surrounded by jealousy and death
i can't be reached, only had one call
dragged underneath, separate from you all

this time i've lost my own return
in spite of everything i've learned
i hid my tracks, spit out all my air
slipped into cracks, stripped of all my cares

i'm so tired sheep are counting me
no more struggle, no more energy
no more patient and you can write that down
it's all too crazy and i'm not sticking round

by Fugazi




19 Januari 2013

Mere Nam Joker

Gambar hiasan




Aku badut..
Aku badut dalam tong ikan..
Tong ikan busuk..
Busuk sangat..

Tapi, sebusuk tong ikan.. 
Duduknya ikan dalam tong ikan..
Tong ikan, busuk..
Orang makan ikan..

Ikan tong ikan busuk
Orang makan..
Aku badut tong ikan busuk..
Kena makan..

Aku badut busuk, kena makan..
Makan..
Dengan syaitan..
Biar padan..

Badut kena makan..
Tak melawan..
Kesian..
Gembiralah sang syaitan..

Sialan..
Bila badut kena makan..
Orang pon tak hairan..
Makanan..
Gembiralah lagi sang syaitan..

Ikan tong ikan busuk..
Syaitan makan..
Badut tong ikan busuk..
Kena makan Syaitan..

Nak melawan?
Takda kawan..
Lawan-lawan..
Kena makan..
Dasar syaitan..

Apa nasib aku badut tong ikan busuk..
Nak lawan Syaitan..
Madang mendung kelabu hitam gelap awan..
Bertuah hidup gembiralah sang syaitan..

Takpa lah aku badut tong ikan busuk..
Biasa berteduh dalam tong busuk..
Biar sementara aku busuk..
Mungkin mendung kelabu hitam gelap awan kan terang esok..

Biar saja syaitan gembira sementara aku busuk..
Kerana bila awan terang esok..
Akan nampak nanah syaitan busuk..

Aku badut tong ikan busuk..
Orang makan ikan tong ikan busuk..
Tapi nampak nanah syaitan busuk..
Busuk buruknya tak boleh nak sorok..
Maka gembirakah lagi syaitan esok?

Aku badut tong ikan busuk..
Berteduh tunggu awan terang esok..
Biar orang kata badut menyorok..
Asal menyoroknya itu elok-elok..

Biar mendung kelabu hitam gelap awan tidak dilawan..
Dengan taufan dan badai segala-bagai lalu berkawan..
Kerana aku tahu sebaik terangnya awan..
Datangnya pelangi hadiah tak melawan..

Bahagialah badut asal tong ikan..
Tak tertawan melawan kena makan syaitan..
Kerana percaya janji tuhan..
Doa teraniaya akan dimakbulkan..

Maka tunggu sajalah syaitan..
Tiba masa datangnya pembalasan..
Badut busuk sekadar nak pesan..
Jangan terbakar ini bukan azan..

Kredit - http://ahmadketam.blogspot.com/2013/01/cerita-badut-tak-melawan-kena-makan.html

20 November 2012

Kisah nenek dan Jln Telawi



Kredit gambar  - http://lakarancitra.blogspot.com



Warga emas  berusia dalam lingkungan separuh abad, begitu teliti membersihkan beberapa bungkusan kerepek yang berada di dalam bakul untuk dijual kepada orang ramai tanpa menghiraukan pandangan orang ramai yang berada di sekitarnya.
Jika diamati pada raut wajahnya, warga emas itu bukan peminta sedekah atau nenek yang sedang makan bersama satu keluarga besar di premis berkenaan, juga bukan suka-suka saja singgah  di situ.
Warga emas  menjual kerepek kepada pelanggan dan pekerja bank mengunjungi menikmati waktu makan tengah hari.
Selang beberapa minit warga emas itu menghampiri dan bertanyakan sama ada ingin membeli sebungkus kerepek dengan harga RM3.00.
"Nenek dah makan," sapa ku.
Nenek itu hanya tersenyum sambil menunjukkan beberapa bungkusan kerepek ubi hendak dijual kepada ku.
"Nenek dengan siapa? jom saya belanja nenek makan tengah hari nak," pujuk ku.
Nenek hanya tersenyum lantas  nenek terus beredar pergi ke meja lain.
Timbul seribu satu persoalan, seandainya warga emas itu sudah berkahwin, ke mana perginya tanggungjawab suami dan anak-anak. 
Mengapa dibiarkan sahaja nenek itu sedemikian rupa? Tidakkah pada usia begitu, nenek itu sedang beristirehat sambil melayan keletah dan kerenah cucu-cucunya di rumah?
Adakah warga emas itu dipilih menjadi mangsa pihak tertentu mengarahkannya menjual kerepek kepada orang ramai bertujuan untuk meraih simpati rakyat ini yang rata-ratanya begitu bermurah hati?
Namun tidak semua nasib manusia begitu indah, mungkin warga emas ini merupakan seorang wanita yang tabah sanggup menggunakan kudrat hasil tulang empat keratnya demi untuk mencari sesuap nasi. 

12 November 2012

| 7 tahun |




Buat ayahanda dan ibunda tercinta

Maafkan anakmu seandainya tidak dapat memenuhi segala pesanan amanat
Anakmu sudah berusaha sedaya berjuang sedaya upaya namun apakan daya
Kudrat tulang empat kerat kini tidak lagi bermaya
Sudah tidak tertanggung lagi bebanan digalas setiap masa
Hanya berserah kepada Nya agar permudahkan segalanya

Maafkan anakmu kerana tidak mampu membendung  perasaan terpendam selama ini

Anakmu mendambarkan dakapan erat serta kucupan di pipi di kala berjauhan hanya seketika
Masakan air tangan di kala lapar dan dahaga, belaian serta kata perangsang di kala berduka
senyuman terukir di bibir di kala mendapat berita gembira serta teguran serta nasihat di kala alpa
Kini  yang tinggal rumah pusaka, potret gambar serta pusara mengubati perasaan rindu lara


Kini Syawal yang ke 7 genap pemergian mu
Anakmu redha dengan ketentuan qada dan qadar dari Ilahi
Walaupun kita berpisah sementara, namun anakmu dapat merasakan sentiasa menemani di sisi,
Anakmu yakin pasti di kehidupan lain kita bersatu semula,

Maafkan anakmu seandainya gagal menyambung zuriat keturunan keluarga di masa hadapan,
maafkanku..maafkanku..maafkanku,


nukilan
kacamata Si kidal

12/11/2012
6:05 pagi

27 Mei 2012

'Monolog' si kacamata





"Selagi ada tembok dan jurang pemisah, selagi itu golongan bangsawan takkan berjaya merembat hati rakyat," ujar si enggang kpd pipit. - politikus dan rakyat.


Jarang si berani suka tampil kehadapan. kebiasaannya si pengecut suka panggil kawan-kawan. - kehidupan.


Gagal dalam perhubungan tidak mengapa, gagal dalam kehidupan tidak sama sekali. - perhubungan


Kebanyakannya bila lensa kamera depan mata, terus sembang tak ingat dunia -  berkenaan politikus.


Kebiasaannya penganjur akan ckp jumlah yg hadir lebih 500 ke 1,000 tetapi hakikatnya tak sampai pun - program dan ceramah.


Berapa ramai pemimpin yang ada akaun twitter dan aktif berinteraksi - boleh dibilang dengan jari. - politikus dan media baru.


Lebih baik berseluar senteng daripada melayan mahasewel yang mereng. -  mansuh PTPTN oleh sekumpulan mahasiswa.


Ketepikan fahaman politik, golongan nelayan dan petani s'gor sangat memerlukan kamu. - politikus 


Selagi Messi tak cedera, agak payah pasukan lain dapat tewaskan Barcelona melainkan ada keajaiban berlaku. - bola sepak.


Apakah dgn terpekik terlolong dan halang lalulintas dpt memuaskan hati kamu, mana perginya slogan kamu  - malam sebelum BERSIH 3.0.


Mereka yg memakai baju biru rata-ratanya muda belia ketika hadir di pesta air dan asap lantas tidak memahami tugas yg kami pikul. -  Selepas perhimpunan BERSIH 3.0.


Most of them run for ur life~not fight for ur right - selepas perhimpunan BERSIH 3.0.


Bdk uma aku cedera teruk siap bertongkat ingat pegi demo jdi mangsa belasahan ke apa rupanya merempit jatuh sebab Superman. Sarcasm BERSIH 3.0.


Cadang setiap peserta demo lps ni serah pic ukuran pasport @ pdrm snap mugshot sebelum berhimpun psl pic kt paper bnyk blur. - Sarcasm BERSIH 3.0.


We not against protestor, we not against police, but we all against those thugs - Media Freedom Day.

29 Mac 2012

Nasi, sup perut, daging bakar!




Genap 20 hari rombongan lawatan Media Selangor anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ke negeri Kelantan atau lebih sinonim dengan gelaran Cik Siti Wan Kembang berlalu.

Sudah lama aku tidak menaiki bas ekspres, perjalanan dari Shah Alam ke 'Kota Serambi Mekah'  sangat panjang. 8 jam rasanya tempoh perjalanan, lalui jalan berliku, kiri dan kanan hutan tebal mengingatkan aku pengalaman sewaktu zaman kecil dahulu.

Setiap kali cuti sekolah, aku akan pulang ke kampung halaman tempat kelahiran yang  terletak  di 'Stesen Bas Jalan Hamzah'  di mana arwah atuk dan nenek menetap di sana.

Aku masih ingat, pada ketika itu mak akan menemani aku sampai ke stesen bas terletak di Larkin Johor Bahru dan aku akan menaiki bas 'Bumi' ekpress dan 'Naila' berseorangan tanpa ditemani sesiapa dan kadang-kadang bersama abang.

Perasaan masa tu cuak gile, hanya Allah swt yang tahu.

Tetapi arwah mak pesan kat aku "jangan takut, orang lelaki kena berdikari, dekli jangan keluar bila bas berhenti rehat kerana risau silap naik bas" membuatkan aku kembali tenang.

Mungkin secara kebetulan, sampai sahaja di Kelantan aku tak perlu risau kerana arwah atuk dan nenek terus menyambut aku kerana rumah mereka terletak tidak jauh dari stesen bas kira-kira 50 meter.

Selang beberapa hari, aku akan menolong mereka meniaga di deretan kedai Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) terletak di pusat bandar Kota Bharu kerana arwah atuk dan nenek mempunyai kedai makan diberi nama 'Suliza', dahulunya mereka hanya berniaga warung kecil menolak menggunakan roda.

Menu yang paling best sekali 'nasi, sup perut dan daging bakar', bila waktu tengah hari penuh orang kerja kerajaan singgah. semua pesan makanan yang sama. Malah, memang aku akui sup perut dan daging bakar memang sedap!.

Bila ada kesempatan terluang aku akan tolong buat air dan banyak juga bahasa kelate yang aku belajar dan konfius pada waktu itu antaranya 'samah', 'teh o beng', 'nes o beng' dan pelbagai lagi. Haha! Setiap kali cuti sekolah jek, aku pulang ke Kota Bharu tolong mereka dan paling seronoknya bila arwah atuk bagi upah untuk penggal sekolah akan datang. eheheh.

Semuanya sudah berlalu, lebih 8 tahun aku tak menjejakkan kaki ke deretan kedai MPKB sejak kedua-dua arwah atuk dan  nenek meninggal dunia setelah terbabit dalam satu kemalangan ngeri semasa hari raya korban beberapa tahun lalu.

Ketika itu aku mendapat khabar berita mereka dalam perjalanan pulang ingin mengagih-agihkan daging korban untuk diberikan kepada saudara dan jiran di mana kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

Aku bajet bila sampai di Kota Bharu bersama rombongan media Selangor, dapat la aku merasa nasi, sup perut dan daging bakar di kedai Suliza diusahakan oleh pakcik angkat aku, agak malang apabila  aku diberitahu salah seorang peniaga di pasar besar Siti Kadijah bahawa deretan kedai MPKB telah dirobohkan beberapa bulan lalu.

Memandangkan masa tidak mencukupi dan jadual yang padat, aku tak sempat nak pergi survey dan recce, Tidak mengapa, bila ada kesempatan kelak, aku akan pulang semula ke Kelantan dan mencari kedai makan Suliza!!


*Al-Fatihah buat allahyarham Musa Ahmad dan allahyarhamah Kalsom Jusoh









28 Februari 2012

| 17 Ungkapan |





1) Adakalanya pemikiran kritis dan kritikal sukar diterima oleh masyarakat beremosi.


2) Perlu melihat dan berfikir di setiap sudut pandangan dan sisinya, bukannya di luar kotak.


3) Tiap kali gagal cuba lagi, usah dikira sakit dan penat, nanti di puncak pasti terubat.


4) Bila langkah tidak seiring, 
    Baik berehat sebelum penat, 
    Bila jiwa tidak bersatu, 
    Baik leraikan sebelum tenat.


5) Tapak kaki ini perlu `muat-muat` masuk dalam kasut mereka, walaupun saiz tak sepadan.


6) Bila Ustaz komen pasal hudud dicop sebagai Ustaz 'Hijau', bila komen pasal murtad 


dicop Ustaz 'Biru' hakikatnya untuk umat Islam.


7) Kenapa perlu zahirkan hitam dan putih sebagai warna kehidupan?


8) `Ketok story ` boleh diibaratkan seperti bermain piano.


9) Penantian, rintangan dan dugaan bukan satu penyeksaan sebaliknya menguji sejauh mana tahap kesabaran. 


10)Rumah flat kos rendah, nak caj sewa ala apartmen, semoga tuan rumah cepat kaya, terus melancong kutub utara.


11) Tiada apa yang indah dalam dunia ini selain kemaafan daripada ibu bapa sementara mereka masih ada :)


12) SPR wajar contohi iklan televisyen di Singapura berkempen menggalakan rakyat untuk keluar mengundi  

13) Ketegingan ku kekeringan mu!!


14) Apa nak dihiraukan mata sepet- mata bulat, kulit hitam- kuning langsat, jalan bengkok-jalan tegak.


15) Gendang gendut tali kecapi, lapar perut sedih hati.


16) Jangan sesekali cuba derhaka,hormati dan penuhi impian mereka.


17) Rules are made to put you down. They laugh at you when you are down. Can they survive if swapped around. Fight back don`t give in.


#Sumber dipetik dari Twitter :)