20 November 2012

Kisah nenek dan Jln Telawi



Kredit gambar  - http://lakarancitra.blogspot.com



Warga emas  berusia dalam lingkungan separuh abad, begitu teliti membersihkan beberapa bungkusan kerepek yang berada di dalam bakul untuk dijual kepada orang ramai tanpa menghiraukan pandangan orang ramai yang berada di sekitarnya.
Jika diamati pada raut wajahnya, warga emas itu bukan peminta sedekah atau nenek yang sedang makan bersama satu keluarga besar di premis berkenaan, juga bukan suka-suka saja singgah  di situ.
Warga emas  menjual kerepek kepada pelanggan dan pekerja bank mengunjungi menikmati waktu makan tengah hari.
Selang beberapa minit warga emas itu menghampiri dan bertanyakan sama ada ingin membeli sebungkus kerepek dengan harga RM3.00.
"Nenek dah makan," sapa ku.
Nenek itu hanya tersenyum sambil menunjukkan beberapa bungkusan kerepek ubi hendak dijual kepada ku.
"Nenek dengan siapa? jom saya belanja nenek makan tengah hari nak," pujuk ku.
Nenek hanya tersenyum lantas  nenek terus beredar pergi ke meja lain.
Timbul seribu satu persoalan, seandainya warga emas itu sudah berkahwin, ke mana perginya tanggungjawab suami dan anak-anak. 
Mengapa dibiarkan sahaja nenek itu sedemikian rupa? Tidakkah pada usia begitu, nenek itu sedang beristirehat sambil melayan keletah dan kerenah cucu-cucunya di rumah?
Adakah warga emas itu dipilih menjadi mangsa pihak tertentu mengarahkannya menjual kerepek kepada orang ramai bertujuan untuk meraih simpati rakyat ini yang rata-ratanya begitu bermurah hati?
Namun tidak semua nasib manusia begitu indah, mungkin warga emas ini merupakan seorang wanita yang tabah sanggup menggunakan kudrat hasil tulang empat keratnya demi untuk mencari sesuap nasi. 

1 ulasan:

@Fr!^n@ berkata...

:'( semoga pengakhiran dan penghabisan umur kita tidak akan menjadi begitu...