Memaparkan catatan dengan label idea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label idea. Papar semua catatan

26 September 2015

Kenapa tiada sambutan hari statik negara


PemandanBali - hakcipta si kidal

A) Media baharu, cetak dan elektronik saban hari menjadikan pemimpin politikus veteran sudah bersara (contoh: Tun M) sebagai sasaran sama ada untuk memenuhi agenda tersirat (baca: subjek utama) laporan berita. Mengapa? bukankah kita sudah ada barisan pelapis pemimpin muda. anda namakan.


B) Isi kandungan berita tidak mengangkat budaya celik ilmu sejajar dengan arus kemodenan peredaran zaman.Berdasarkan pemerhatian komentar pembaca di media sosial menyentuh isu gosip selebriti tanahair.


C) Menerusi pemerhatian serta perbandingan antara portal berita luar negara seperti Singapura,
#thenewpaper dan Indonesia #RapplerID . Kedua-dua portal ini lebih condong meyajikan berita berunsur inspirasi mengangkat martabat rakyatnya. Manakala portal berita kita pula sebaliknya. 

P/S: Cukup setakat tu, jika kau ada cadangan sila tambah di ruangan komen.

11 September 2015

Antara The King's Speech dan Mat



KESELURUHAN jalan cerita serta plot filem The King's speech begitu terkesan dengan Mat, terutama sekali watak utama Raja sangat dekat dengan Mat, ironinya kedua-dua mereka menghidap simptom penyakit kesukaran menyebut sesuatu perkataan atau ejaan suku kata lengkap.

Raut wajah Mat jelas menunjukkan mimik muka penuh kepuasan. Seolah-olah seperti Mat baru mendapat wahyu yang entah dari mana datangnya.

Jenuh dan puas Mat berfikir, mencari cari jawapan bagi menyelesaikan teka teki bermain dalam minda. Mana tidaknya, selama 30 tahun Mat berperang dengan diri sendiri.

Masalah dihadapi pertuturan seharian atau sinonimnya gagap.

Perasaan rendah diri dan malu sangat menebal membuatkan raja itu tidak mempunyai keyakinan tampil
berucap di hadapan rakyat jelata.

 Hairan bin ajaib, tak berkelip mata Mat menonton filem berdurasi 1 jam 18 minit itu. Statik, tak banyak bergerak, hendak menyalakan rokok sebatang pun payah.

Semacam ada 'chemistry dan bonds' antara Mat dan filem itu.

Bersambung.....