Masih terngiang-ngiang dalam memori beberapa baris patah perkataan 'nasi lemak dan kuih karipap' yang dipekik dan dilaung berulang-ulang kali ketika
berusia dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun.
Bila menerima berita perkhabaran ayahku jatuh
sakit dari tempat kerjanya, ayah terus
dibawa balik ke rumah, aku melihat depan mataku ayah dipapah oleh rakan
sekerjanya.
Aku sempat mencuri dengar perbualan mereka, “sebelah
badan lumpuh kena penyakit strok” ujar rakan ayah kepada mak.
Aku melihat mak menitiskan air matanya tetapi
tidak lama, seketika itu mak lantas cuba
menenangkan hati dan jiwanya, bila saja melihat kami yang masih kecil hanya terkebil-kebil memerhatikan keadaan yang berlaku ketika itu.
Pada waktu dan saat itu, aku menerima sebarang
ketentuan diberikan oleh NYA tanpa sebarang persoalan, mengerti dan
memahami situasi berlaku.
Berbulan ayah terlantar di rumah, duit simpanan semakin berkurangan, jiran
terdekat membantu sekadar termampu, tiada bantuan daripada NGO, agensi swasta
dan kerajaan.
Susulan itu, mak memperolehi idea
menjual kuih muih dan nasi lemak di sebelah pagi dan petang pada mulanya aktiviti perniagaan
kecil-kecilan diadakan setiap hujung minggu bagi menampung kos sara hidup kami
sekeluarga.
Selepas makan tengahari, mak menyuarakan hasratnya
dan meminta bantuan kami menjual kuih muih, aku memandang abang dan
terus kami menganggukkan kepala tanda setuju membantu meringankan bebanan keluarga.
Pada usia masih mentah, tanpa mak perlu memberikan penjelasan
panjang, kami seolah-olah memperolehi hidayah dan mengerti tanggungjawab yang perlu dipikul dan digalas, memandangkan kudrat mak tidak lah
sekuat mana dan bergantung harap kepada kami adik beradik lelaki.
Bermula dari situ, menjadi titik tolak kami sekeluarga hidup berdikari, seawal jam 4
pagi mak akan bangun memasak dan
menyediakan juadah kuih muih sehingga 6.30 pagi.
Bila mak dah masukkan
semua kuih muih dalam bakul, giliran mak dah selesai dan masa untuk dia berehat.
Tiba giliran aku pergi meniaga kuih muih sambil
membawa bakul, pada mulanya aku
kelihatan panik, kekok dan tidak yakin kerana tidak tahu cara untuk
memulakannya.
Lantas mak memberikan kata-kata nasihat dan dorongan kepada aku.
“Dekli pergi setiap lorong rumah ke rumah dan laung
kuih karipap, kuih gendang kasturi, onde-onde , dengar sini mak nak cakap, buat apa kita nak malu atau segan, ingat...ita cari rezeki yang halal.
“Macam ni lah, Dekli cuba dulu jual tengok ada
orang nak beli tak. Insyallah ada, rezeki kita tak ke mana, mak tau Dekli boleh buat,” katanya sambil
tersenyum.
Semangat aku terus membara mengangkat bakul kuih,
namun begitu baru beberapa langkah minda aku kembali takut dan berpatah balik, kemudiannya
dipujuk oleh mak cuba menyakinkan aku.
Pada mulanya janggal, lama kelamaan seronok, perasaan segan dan kekok hilang, malah ada
kawan-kawan sebaya masa kecil dulu ikut aku pergi jual kuih muih. Siap tolong 'promote' pada rakan-rakan lagi.
Ehehehe.
Sampai sekarang aku tertanya-tanya kenapa dorang
ikut aku, Pada pendapat aku, mungkin
dorang takde aktiviti menarik pada masa
tu dan tengok aktiviti meniaga yang aku buat 'best' jek. Aku 'respect' pada dorang kerana tak segan dan malu berkawan dengan aku.
Saat tidak
dapat aku lupakan, pernah tak sampai 30 minit kuih muih habis dijual, bila balik dengan bakul kosong, tengok muka mak terkejut tak percaya kuih
habis cepat, bila serah wang hasil jualan, nampak senyuman kepuasan tergambar pada wajah mak.
Sebagai ganjaran, kadang-kadang mak bagi upah 50 sen hingga seringgit bergantung kepada larisnya juadah kuih
muih, walaupun aku tak minta, mak tahu macam mana nak hargai anak-anaknya.
Walaupun ayah dan mak sudah 'pergi' jauh di atas sana, atas hasil titik peluh berkat itu berjaya membesarkan kami lima adik beradik sehingga masing-masing tamat persekolahan.
*Alfatihah Allahyarham Esa Ismail dan Allahyarhamah Zawiyah Abd Rahman
Hayati maksud lirik ini, mungkin dapat memberi serba sedikit pencerahan kepada diri kita khususnya yang masih mempunyai ibu bapa. Hargai mereka selagi masih ada. :))
1 ulasan:
:'(
sedeyh plak aku baca entri kau yg ni..
berkat duit nasi lemak dan kuih tu kau di besarkan dan sehingga kini jadi orang.. alhamdulillah... semoga mereka tenang di sana..
al-fatihah
Catat Ulasan