28 Februari 2012

| 17 Ungkapan |





1) Adakalanya pemikiran kritis dan kritikal sukar diterima oleh masyarakat beremosi.


2) Perlu melihat dan berfikir di setiap sudut pandangan dan sisinya, bukannya di luar kotak.


3) Tiap kali gagal cuba lagi, usah dikira sakit dan penat, nanti di puncak pasti terubat.


4) Bila langkah tidak seiring, 
    Baik berehat sebelum penat
    Bila jiwa tidak bersatu, 
    Baik leraikan sebelum tenat.


5) Tapak kaki ini perlu `muat-muat` masuk dalam kasut mereka, walaupun saiz tak sepadan.


6) Bila Ustaz komen pasal hudud dicop sebagai Ustaz 'Hijau', bila komen pasal murtad 


dicop Ustaz 'Biru' hakikatnya untuk umat Islam.


7) Kenapa perlu zahirkan hitam dan putih sebagai warna kehidupan?


8) `Ketok story ` boleh diibaratkan seperti bermain piano.


9) Penantian, rintangan dan dugaan bukan satu penyeksaan sebaliknya menguji sejauh mana tahap kesabaran


10)Rumah flat kos rendah, nak caj sewa ala apartmen, semoga tuan rumah cepat kaya, terus melancong kutub utara.


11) Tiada apa yang indah dalam dunia ini selain kemaafan daripada ibu bapa sementara mereka masih ada :)


12) SPR wajar contohi iklan televisyen di Singapura berkempen menggalakan rakyat untuk keluar mengundi  

13) Ketegingan ku kekeringan mu!!


14) Apa nak dihiraukan mata sepet- mata bulat, kulit hitam- kuning langsat, jalan bengkok-jalan tegak.


15) Gendang gendut tali kecapi, lapar perut sedih hati.


16) Jangan sesekali cuba derhaka,hormati dan penuhi impian mereka.


17) Rules are made to put you down. They laugh at you when you are down. Can they survive if swapped around. Fight back don`t give in.


#Sumber dipetik dari Twitter :)




17 Februari 2012

Valentine: Bila penguatkuasa main hembus...





Baru-baru ini aku berpeluang mengikuti operasi Hari Kekasih dijalankan pihak berkuasa tempatan (PBT) Klang, Pejabat Agama Islam Daerah Klang (PAID), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Rela di sekitar bandar Klang.

Sepanjang mengikuti operasi bermula pukul 12 tengah malam dan berakhir kira-kira tiga jam kemudian bersama rakan media yang lain, aku mendapati terdapat kelemahan sebalik prosedur yang dilaksanakan berhubung penguatkuasaan menahan pasangan yang didapati bersekedudukan di dalam hotel.

Memang sudah menjadi tugas anggota PAID atau mana-mana anggota penguatkuasa agama sekalipun menahan pasangan dan menyoal siasat pasangan terbabit, tetapi semuanya perlu dilakukan dengan cara profesional, berhemah dan berbudi bahasa bukannya menengking atau meninggikan suara.

Apa yang aku lihat di depan mata ketika anggota penguatkuasa 'baru' menyoal dan melakukan provokasi terhadap pasangan yang baru dua hari berkahwin sedangkan jelas kelihatan jari pasangan ini masih merah menyala, mempunyai dokumen perkahwinan sah tetapi gagal mengemukakan sijil nikah ternyata mengecewakan kerana tidak ada sifat toleransi.

Antara soalan yang dikemukakan kepada pasangan itu, "ingat tak siapa nama tok kadi yang menikahkan" dan beberapa soalan provokasi tidak masuk dek akal.

Berang dengan soalan sedemikian rupa, berlaku perang mulut lebih kurang 5 minit antara pasangan lelaki dan anggota penguatkuasa agama.

Anggota penguatkuasa mula naik angin (mungkin kalah dalam perang mulut) mengarahkan anggota AADK melakukan ujian air kencing serta merta.

Melihatkan susuk tubuh pasangan lelaki itu yang sederhana gempal dan isterinya berpakaian tudung labuh, anggota AADK itu mengabaikan arahan yang diberikan.

"Buat apa akak nak 'urine test' dia, buang masa jek," ujar anggota AADK itu.

Aku dan rakan sekerja Ainuddin yang menyaksikan insiden memalukan itu hanya mampu menggelengkan kepala.

Untuk mengelakkan kejadian berulang, sepatutnya setiap jabatan atau organisasi perlu menghantar seluruh anggotanya terutamanya bahagian penguatkuasaan mengikuti kursus asas perhubungan awam sebelum mengarahkan anggotanya pergi melakukan operasi sedemikian rupa.

Kita tidak mahu persepsi masyarakat menganggap anggota penguatkuasaan ini bersikap biadap dalam menguruskan masalah seperti ini pada masa hadapan bagi mengelakkan memberi imej buruk terhadap sesebuah jabatan dan organisasi  seperti peribahasa 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'.




07 Februari 2012

Pukul dua pagi






Sekali sekali memerhati dari luar jendela,
Ferris Wheel seakan melambai lambai di luar sana,
Sambil menghembus asap rokok di ruang udara,
Termenung jauh memikirkan sesuatu perkara,
Lampu neon menari-nari di ruang angkasa raya,
Roh terbang melayang-layang entah ke mana,
Ahh, kedengaran salakan anjing sayup-sayup suara,
Hari semakin kelam, baik ucap selamat malam,
Semoga esok hari kan lebih baik dari semalam.