Memaparkan catatan dengan label Klang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Klang. Papar semua catatan

20 November 2012

Khatam Al-Quran @ wang hantaran



Realiti babak 1*
Malam tadi lepas pergi melawat rakan sekerja ku baru melahirkan cahayamata kedua,
Sebelum tu kita orang cari jalan nak pergi ke rumahnya,
Memang tak rancang pun nak pergi, entah kenapa tetiba rasa macam dapat wahyu pulak,
Lepas hubungi bapa bayi itu dan mengesahkan kedatangan,
Aku memang agak gagal sejak dari dulu bab cari alamat ni,
Kalau redah atau berpandukan papan tanda (signboard),
Memang dah jadi asam garam madang jek 'lost' tapi jumpa walaupun setengah jam mencari :D
Siapa yang kenal aku lebih setahun dan pernah menaiki kenderaan lebih lima kali,
Memang cukup masak dengan 'stail' aku,
Nak-nak si risik kompem membebel, lantak laa :D

Fantasi* 
Ada kawan baik aku memang cukup arif dan pakar bab cari jalan,
Orang kata, (bukan aku kata) mungkin GPS tertanam dalam kepala otak dia,
Mengikut teori aku pulak, mungkin masa dia kecik-kecik dulu,
Mak dengan ayah dia beli peta dunia bulat besar berpusing-pusing soh dia main,
Atau dia belajar mengeja atau kenal negara guna peta besar gedabak tu, lawak jee.

Realiti babak 2*
Dalam perjalanan pulang jalan raya tak sekusut masa pergi,
Pulang tenang tetapi masih terngiang-ngiang sehingga kini,
Khatam Al-Quran tiada tolok bandingannya berbanding wang hantaran....



17 Februari 2012

Valentine: Bila penguatkuasa main hembus...





Baru-baru ini aku berpeluang mengikuti operasi Hari Kekasih dijalankan pihak berkuasa tempatan (PBT) Klang, Pejabat Agama Islam Daerah Klang (PAID), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Rela di sekitar bandar Klang.

Sepanjang mengikuti operasi bermula pukul 12 tengah malam dan berakhir kira-kira tiga jam kemudian bersama rakan media yang lain, aku mendapati terdapat kelemahan sebalik prosedur yang dilaksanakan berhubung penguatkuasaan menahan pasangan yang didapati bersekedudukan di dalam hotel.

Memang sudah menjadi tugas anggota PAID atau mana-mana anggota penguatkuasa agama sekalipun menahan pasangan dan menyoal siasat pasangan terbabit, tetapi semuanya perlu dilakukan dengan cara profesional, berhemah dan berbudi bahasa bukannya menengking atau meninggikan suara.

Apa yang aku lihat di depan mata ketika anggota penguatkuasa 'baru' menyoal dan melakukan provokasi terhadap pasangan yang baru dua hari berkahwin sedangkan jelas kelihatan jari pasangan ini masih merah menyala, mempunyai dokumen perkahwinan sah tetapi gagal mengemukakan sijil nikah ternyata mengecewakan kerana tidak ada sifat toleransi.

Antara soalan yang dikemukakan kepada pasangan itu, "ingat tak siapa nama tok kadi yang menikahkan" dan beberapa soalan provokasi tidak masuk dek akal.

Berang dengan soalan sedemikian rupa, berlaku perang mulut lebih kurang 5 minit antara pasangan lelaki dan anggota penguatkuasa agama.

Anggota penguatkuasa mula naik angin (mungkin kalah dalam perang mulut) mengarahkan anggota AADK melakukan ujian air kencing serta merta.

Melihatkan susuk tubuh pasangan lelaki itu yang sederhana gempal dan isterinya berpakaian tudung labuh, anggota AADK itu mengabaikan arahan yang diberikan.

"Buat apa akak nak 'urine test' dia, buang masa jek," ujar anggota AADK itu.

Aku dan rakan sekerja Ainuddin yang menyaksikan insiden memalukan itu hanya mampu menggelengkan kepala.

Untuk mengelakkan kejadian berulang, sepatutnya setiap jabatan atau organisasi perlu menghantar seluruh anggotanya terutamanya bahagian penguatkuasaan mengikuti kursus asas perhubungan awam sebelum mengarahkan anggotanya pergi melakukan operasi sedemikian rupa.

Kita tidak mahu persepsi masyarakat menganggap anggota penguatkuasaan ini bersikap biadap dalam menguruskan masalah seperti ini pada masa hadapan bagi mengelakkan memberi imej buruk terhadap sesebuah jabatan dan organisasi  seperti peribahasa 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'.