12 November 2012

| 7 tahun |




Buat ayahanda dan ibunda tercinta

Maafkan anakmu seandainya tidak dapat memenuhi segala pesanan amanat
Anakmu sudah berusaha sedaya berjuang sedaya upaya namun apakan daya
Kudrat tulang empat kerat kini tidak lagi bermaya
Sudah tidak tertanggung lagi bebanan digalas setiap masa
Hanya berserah kepada Nya agar permudahkan segalanya

Maafkan anakmu kerana tidak mampu membendung  perasaan terpendam selama ini

Anakmu mendambarkan dakapan erat serta kucupan di pipi di kala berjauhan hanya seketika
Masakan air tangan di kala lapar dan dahaga, belaian serta kata perangsang di kala berduka
senyuman terukir di bibir di kala mendapat berita gembira serta teguran serta nasihat di kala alpa
Kini  yang tinggal rumah pusaka, potret gambar serta pusara mengubati perasaan rindu lara


Kini Syawal yang ke 7 genap pemergian mu
Anakmu redha dengan ketentuan qada dan qadar dari Ilahi
Walaupun kita berpisah sementara, namun anakmu dapat merasakan sentiasa menemani di sisi,
Anakmu yakin pasti di kehidupan lain kita bersatu semula,

Maafkan anakmu seandainya gagal menyambung zuriat keturunan keluarga di masa hadapan,
maafkanku..maafkanku..maafkanku,


nukilan
kacamata Si kidal

12/11/2012
6:05 pagi

30 Jun 2012

Isu Lynas: Sebalik Fakta atau Auta



ANALISIS: Sejak kebelakangan ini persoalan yang sering berlegar-legar di minda penulis berhubung projek nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan adalah mengapa isu Lynas perlu dipolitikkan pemimpin pembangkang sedangkan pembinaan kilang itu diyakini selamat sekaligus dijangka mampu menjana pelaburan dan peluang pekerjaan serta ekonomi negara pada masa hadapan.
Apakah pemimpin Pakatan Rakyat (PR) seolah-olah sudah kekeringan idea atau kehabisan modal semata-mata untuk meraih undi simpati rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan datang apabila mendakwa bahawa projek Lynas sangat merbahaya dan akan memudaratkan kesihatan orang awam.

Ini kerana mereka seringkali menaburkan fitnah kepada kerajaan dengan mendakwa sekiranya projek Lynas Gebeng dibina dan beroperasi kelak- rakyat akan menerima nasib yang sama seperti terjadi sekitar tahun 70-an di mana penduduk pada ketika itu menderita penyakit kulit kesan radioaktif terhasil daripada loji pemprosesan thorium dan loji janakuasa nuklear Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah Ipoh.

Berdasarkan fakta yang diperolehi, projek Lynas tidak sama dengan ARE kerana ia menggunakan 'monazite' sebagai bahan mentah yang diekstrak dari tahi biji timah atau amang yang mengandungi kandungan radioaktif 37 kali ganda lebih tinggi daripada bahan mentah Lynas iaitu 'Lanthanide'. Sisa-sisa ARE juga adalah 60 kali lebih tinggi kadar radiasinya.

Sewaktu operasi ARE sekitar tahun 1970-an,  Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) belum ditubuhkan sekali gus menyebab pemantauan secara sistematik tidak dapat dilaksanakan berbanding pada masa kini  piawaian keselamatan yang dikenakan oleh AELB adalah setanding malah lebih ketat daripada piawaian antarabangsa.

Nadir bumi atau 'Processing Plant' terhasil secara semulajadi di mana ia merupakan elemen penting dalam inovasi teknologi hijau termasuk dalam pelbagai pembuatan produk seperti telefon bimbit, pemacu cakera, 'catalytic converter', turbin angin, bateri kereta hybird dan papan skrin rata.

Malah, permintaan dunia untuk nadir bumi meningkat pesat dan dijangka akan melebih bekalan di masa hadapan di mana pada masa kini negara China menghasilkan sekitar 97 peratus dari bekalan dunia.

Sebelum mengeluarkan kenyataan kita perlu mengkaji dan meneliti semua aspek terlebih dahulu berkenaan risiko dan bahaya yang terhasil dari nadir bumi atau 'Processing Plant' kilang Lynas ini.