03 Mei 2015
Pernah kau rasa merempat di bumi sendiri?
Katakan lah kau dilahirkan di Kelantan, ibu kota Kota Bharu. Kemudiannya dibesarkan di Johor
Darul Takzim, ibu kota Johor Bahru.Zaman pembelajaran kau cukup sempurna ketika dibangku sekolah rendah.
Fasa pertama
Tiba-tiba terlintas dalam kepala kau pada waktu itu (apa benda dorang ejek ni?) apabila rakan-
rakan sewaktu zaman sekolah menengah (usia remaja meningkat naik) mula memperli kerana mendapat
tahu kau bukan anak jati dilahirkan di negeri tersebut.
Fasa kedua
Selepas tamat SPM 1998 dengan kelulusan tak berapa semegah, kau mengisi borang permohonan
jawatan kosong kakitangan dimiliki kerajaan negeri dan anak syarikat. Kau terkejut ada soalan;
berapa lama sudah menetap atau pemaustatin tetap di negeri Johor?
(Pada tahun 1998 senario politik negara bergolak - Zaman Reformasi - Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu Timbalan Perdana Menteri dipecat oleh Tun Mahathir Mohamad ketika itu Perdana Menteri)
Bila difikirkan sekali lalu semasa mengisi borang tersebut, ada logiknya juga, mereka nak pemohon luar sudah berhijrah lebih 5 tahun, mungkin.
Apa itu semangat kenegerian
Kau isi angka 17 TAHUN menetap atau (pemaustatin tetap) di Johor. Selang beberapa minggu, kau antara calon terpilih dipanggil untuk ditemuduga, kau rasa gembira.
Bila kau masuk dalam bilik, kau berhadapan lima orang panel penemuduga siap 'coat', bertali eher. Kau kelihatan tenang kerana sudah bersiap sedia.
Soalan asas pertama ditanya "sila perkenalkan diri dan latar belakang". Saya dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan, dibesarkan di Johor Bahru. Bila kau selesai jawapan je.
Lahir Kelate automatik sokong PAS
Kemudian, kau mula dapati soalan diberikan seorang demi seorang panelis penemuduga (lari tajuk) sepatutnya relevan atau lebih tertumpu kepada skop jawatan atau berkaitan. Kau masih 'cool' dan anggap itu
semua 'lumrah' calon ditemuduga.
Salah seorang panelis bertanya soalan bonus, sudah berapa lama anda menetap di Johor Bahru? Aku
hanya mampu tersenyum dan menerangkan dengan panjang lebar kepada kelima para panelis.
Kalau diikutkan, nak aku menjawab secara sinikal "Encik, bukankah terang terang saya dah tulis
dalam borang, apa kau tak baca ke? "Kau tak dengar masa aku bercakap ada ke kau dengar mana-
mana ayat "terkantoi" loghat standard bercampur dialek kelantan?
Lucu bukan?
07 Julai 2014
Dangkal sungguh pemikiran mu itu?
Adakah jika anak muda menyokong parti sosialis maka kau boleh lemparkan seribu satu tohmahan, kata nista keji terhadapnya. Tanpa bertanya dahulu? Dangkal sungguh pemikiran mu itu.
Sejak bawa bekal ke sekolah hingga pesan makanan semua terhidang di atas meja. Anak muda itu lihat tiada sebarang perubahan. Transformasi atau "Korupsiformasi"?
Golongan pertengahan, membasmi kemiskinan, ibu tunggal, warga emas konon kau laungkan di hadapan puluhan kamera. Basmi! Bantu! Basmi! Bantu! sudah puluhan tahun, mana hasilnya brengsek!
Maka lahirlah keparat "bangsatan" kronisme, nepotisme. Tenang, tiba masa buang undi kali ini jangan dibiarkan! jangan biar si "lurus bendul" itu berdiam diri. Dan takkan anak muda itu nak biarkan begitu sahaja!
Langgan:
Catatan (Atom)
