18 November 2011

Aktiviti pelik waktu kecil


Anak buah: Adly Irfan 



Ketika melalui zaman kecil, aku merupakan seorang kanak-kanak pendiam, tidak banyak bercakap dan suka bermain di bawah kolong rumah berseorangan,  naluri seorang ibu memang mengetahui  sama ada anak bercakap benar  atau sebaliknya.

Bila aku tiada di dalam rumah mak tahu aku gemar bermain di bawah kolong walaupun  pada  ketika itu aku menyusup secara senyap-senyap  dan tidak pergi bermain jauh bersama kanak-kanak lain.

Entah kenapa sampai sekarang aku tidak tahu apa punca sebab utama aku  mempunyai hobi atau aktiviti pelik gemar masukkan batu pasir kecil dalam mulut, kemam dan menelan tetapi  tidak la begitu banyak. Hanya batu pasir kecil menarik perhatian sahaja. eheheh

Bila mak tahu aku hilang, setengah jam mak akan memanggil nama aku berulang kali dan turun bawah tangga untuk melihat aku sedang khusyuk memasukkan batu pasir kecil.

Dengan pantas mak memanggil aku keluar daripada bawah kolong dan bertanyakan apa yang ada dalam mulut, aku buat muka tak bersalah dan menggelengkan kepala, lantas mak tersenyum dengan gelagat  aku terus memaksa aku mengeluarkan benda dan  memasuk jarinya dalam mulutku.

Ekspresi terkejut, marah dan ketawa ku lihat di seraut wajah mak, lebih empat atau lima kali aku dicekup oleh mak semasa berada di bawah kolong  dan akhirnya aku akur dengan nasihat dan tidak bermain lagi dibawah kolong.

 Lepas itu aku beralih kepada makan serdak kopi, kebiasaan mak akan buat kopi untuk ayah, atuk dan tok ayah daripada Kelantan.

Modus operandi aku seperti biasa, pergi ke dapur secara senyap dan terlihat serdak kopi dalam koleh tapisan, atas sifat ingin tahu, niat aku cuma nak rasa  sedikit, pasal nak tahu apa rasanya.

Bila rasa sekali sedap, sudah pasti ada kali kedua,  terus aku habiskan serdak kopi dalam tapis itu. 

Waktu itu aku rasa serdak kopi paling sedap,  sejak dari hari itu, bila mak selesai membuat kopi dan berada di ruang tamu, aku akan pastikan serdak kopi habis licin dimakan.

Akhirnya akitiviti menjadi `faveret` aku telah Berjaya dihidu oleh mak yang terus menasihatkan aku berhenti kerana bimbang aku akan ketagih.  Bila mak bagitahu kesan negatif,  serta merta aku rasa takut dan patuh  nasihat mak.

Aku memang jenis tak suka minum susu lembu ‘pure’,  masalah ini aku kesan bila masuk tadika, pertama kali aku diberikan susu,  bila aku nak minum bau hanyir  menusuk –nusuk dalam hidung membuatkan tekak kembang dan automatik muntah.

Setiap kali masa makan, perkara yang aku risau dan takut sangat bila diberikan air susu,  bermacam perkara  buruk bermain di pikiran aku,  bila aku tengok rakan lain minum seperti biasa, aku cuba cekalkan hati  untuk minum tetapi hasilnya gagal.

Beberapa kali aku cuba dan paksa sampai tutup hidung, namun  susu seolah menjadi musuh ketat aku. 

Sesetengah orang kalau ada benda yang dia tak suka seperti makanan atau minuman, sudah pasti dia akan buang atau biarkan atas meja tak terusik.

Entah kenapa, aku pula punyai perasaan takut akan dimarah guru kerana tak habiskan minum susu. Apatah lagi nak cakap  aku tak minum susu.

Mungkin kerana aku  risau bila minuman tak dihabiskan,  guru pun perasaan dan bertanyakan banyak soalan pada aku, pernah terfikir nak buang  susu tapi rasa bersalah pasal susu adalah rezeki,  risau budak nampak dan laporkan pada guru, lagi lah teruk kena hukum.

Beberapa kali aku terpaksa melalui perasaan begitu sehinggalah satu hari aku nekad memberikan susu kepada kawan sebelah dan aku minum air paip.  habisss! Hahahaha. bersambung lagi...

Tiada ulasan: