26 November 2011

Pusat membeli belah SPACE U8 di Shah Alam

Pemandangan dalam bangunan

Baru-baru ini aku pergi menghadiri majlis pra pelancaran pusat membeli-belah  mesra alam SPACE U8 Taman Bukit Jelutong di Shah Alam.

MBO Cineplex
Memang menarik pemandangan dan suasana di situ, siap ada air pancut dan kipas siling dalam kompleks tersebut.

Dalam pusat membeli belah turut mempunyai panggung wayang MBO Cineplex dibina di dalam kompleks membeli-belah dengan 7 panggung dengan kapasiti 1,400 penonton.

Persembahan pancaragam TUDM
Pelbagai acara dipersembahkan kepada pengunjung yang hadir, paling menarik sekali persembahan daripada pancaragam TUDM.

Bagaimanapun, pusat membeli-belah itu masih belum beroperasi sepenuhnya kerana masih lagi ada tapak premis kosong.

Dijangka premis hiburan karaoke keluarga juga akan dibina tidak lama lagi.

Setelah menunggu begitu lama, akhirnya orang ramai sekitar Subang Jaya dan Klang kini boleh beriadah bersama keluarga dan tidak perlu keluar dari Shah Alam.






Tiada ulasan: