27 November 2011

Hitam-puteh kehidupan


BANGKIT

Diskriminasi, hipokrasi, manipulasi 
Diherdik, dicaci dan dihina
Kau bangkit semula
Jatuh bangun tak siapa peduli
Semangat hilang kau cari pulang
Kutip semula sisa-sisa pengalaman
Kau terus berjuang
dan berharap sinarkan cerah semula



KOSONG
Seperti jam dinding tak berdetik
Seperti kipas siling tak berputar
Seperti roda tak berpusing
Kelam maya, gundah gulana, 
lubang hitam, gelap gelita.. kosong
Tatkala mereka bergerak mengikut putaran masa
tapi kau.. terpegun, diam membisu, 
hanya keras dan kaku.


'KAU'
Tertawa, gembira, sedih dan hiba
hanya 'kau' dan aku tahu
Jatuh, bangun, terduduk dan berdiri
'Kau' tetap ada menemani dan menyokong setiap masa
Biar jauh atau dekat, 'kau' sentiasa dihati
Buat 'kau'  di luar sana
'Kau' segala-galanya....




Catat Ulasan