18 November 2011

Coretan :Si kidal berkaca mata





15 Oktober  2011, Shah Alam - dalam usia 30- an pertengahan antara peringkat usia  20 an dan bakal menjangkau  40 an, dalam kepala otak masih berlegar-legar  pelbagai soalan, subjektif, objektif, pencarian dan pelbagai lagi.

Alhamdulilah setiap dugaan, cabaran dan rintangan berjaya ditempuhi. Yang tinggal kini hanya roh berada di dalam jasad, jari jemarinya sedang menaip setiap baris perkataan pada ketika ini cuba mengingati setiap rentetan dan pengalaman hidup tersimpan dalam memori. 

Oh! alangkah indahnya  jika setiap persoalan dan kerumitan dihadapi mampu dilontarkan dengan kata-kata,  pantas dibalas dengan jawapan tidak perlu karangan 200 patah perkataan, cukuplah dengan beberapa fakta penting membolehkan sistem otak saraf  saling bertindak balas berfikir menerobos mencari  jawapan hakiki.

Hukum alam menyatakan yang membezakan manusia dan haiwan adalah akal fikiran, tetapi  apa yang kita saksikan pada abad 21 ini ia seakan-akan sudah terbalik.

Manakala yang membezakan manusia dengan manusia pula adalah ‘segulung kertas’  dan ‘pengalaman’  yang ditimba dan diperolehi.

Dari segulung kertas, seseorang boleh menilai seseorang  dari pertemuan pertama,  tetapi pengalaman tidak boleh dinilai menerusi percakapan “air liur”  semata-mata sebaiknya  kemahiran melaksanakan  sesuatu tugasan yang diberikan.

Setiap manusia yang lahir di muka bumi punyai dugaan dan rintangan ditentukan oleh Tuhan tidak kira agama, etnik dan bangsanya, Ada yang mengecapi kejayaan dalam sekelip mata manakala ada pula yang berhempas pulas, dalam Islam itu dipanggil Qada dan Qadar atau ketentuan oleh Allah SWT.

 Bila manusia itu jatuh kemudian bangkit buat pertama kali  pertama, manusia itu masih gagah untuk berdiri, perlahan-lahan merangkak keluar dan mempelajari sesuatu daripada pengalaman.

Tetapi bila jatuh lagi dan jatuh lagi entah buat keberapa kali, lantas manusia itu mula memikirkan sesuatu negatif  dan menyatakan dunia itu amat kejam bagi dirinya. Kadang-kadang terfikir apa yang kurangnya adakah sama seperti kurangnya gula dalam minuman atau masakan.

Adakah berpunca daripada  kurangnya pergaulan,  ‘politik’ atau hasil tidak memuaskan di tempat kerja.

Biarkan sahaja persoalan itu hilang daripada ingatan seperti setiap detik jam berlalu  kerana hidup ini ibarat putaran roda. Berdoa sahaja kepada Allah SWT, hanya kerana DIA sahaja mengetahui segala-galanya.

Tidak semua manusia sempurna, masing-masing mempunyai ‘agenda’ dan cita-citanya sendiri bila sudah sampai masanya mereka berfikiran "matang" tidak kiralah manusia itu dari peringkat bawahan mahupun atasan.

Pucuk pangkalnya, sama ada manusia itu benar mengikut jalan lurus atau bengkang bengkok, baik atau jahat, halal atau haram untuk berjaya mencapai ‘agenda’  yang  masing-masing impi dan idamkan.

Tepuk dada tanya selera..

Tiada ulasan: