Ketika singgah untuk makan tengahari di salah sebuah deretan kedai makan di Jalan Telawi, Bangsar baru-baru ini kelihatan seorang warga emas duduk berhampiran sambil memerhatikan keadaan sekeliling.
Warga emas berusia dalam lingkungan separuh abad, begitu teliti membersihkan beberapa bungkusan kerepek yang berada di dalam bakul untuk dijual kepada orang ramai tanpa menghiraukan pandangan orang ramai yang berada di sekitarnya.
Jika diamati pada raut wajahnya, warga emas itu bukan peminta sedekah atau nenek yang sedang makan bersama satu keluarga besar di premis berkenaan, juga bukan suka-suka saja singgah di situ.
Warga emas menjual kerepek kepada pelanggan dan pekerja bank mengunjungi menikmati waktu makan tengah hari.
Selang beberapa minit warga emas itu menghampiri dan bertanyakan sama ada ingin membeli sebungkus kerepek dengan harga RM3.00.
"Nenek dah makan," sapa ku.
Nenek itu hanya tersenyum sambil menunjukkan beberapa bungkusan kerepek ubi hendak dijual kepada ku.
"Nenek dengan siapa? jom saya belanja nenek makan tengah hari nak," pujuk ku.
Nenek hanya tersenyum lantas nenek terus beredar pergi ke meja lain.
Timbul seribu satu persoalan, seandainya warga emas itu sudah berkahwin, ke mana perginya tanggungjawab suami dan anak-anak.
Mengapa dibiarkan sahaja nenek itu sedemikian rupa? Tidakkah pada usia begitu, nenek itu sedang beristirehat sambil melayan keletah dan kerenah cucu-cucunya di rumah?
Adakah warga emas itu dipilih menjadi mangsa pihak tertentu mengarahkannya menjual kerepek kepada orang ramai bertujuan untuk meraih simpati rakyat ini yang rata-ratanya begitu bermurah hati?
Namun tidak semua nasib manusia begitu indah, mungkin warga emas ini merupakan seorang wanita yang tabah sanggup menggunakan kudrat hasil tulang empat keratnya demi untuk mencari sesuap nasi.
Maafkan anakmu seandainya tidak dapat memenuhi segala pesanan amanat
Anakmu sudah berusaha sedaya berjuang sedaya upaya namun apakan daya
Kudrat tulang empat kerat kini tidak lagi bermaya
Sudah tidak tertanggung lagi bebanan digalas setiap masa
Hanya berserah kepada Nya agar permudahkan segalanya
Maafkan anakmu kerana tidak mampu membendung perasaan terpendam selama ini
Anakmu mendambarkan dakapan erat serta kucupan di pipi di kala berjauhan hanya seketika
Masakan air tangan di kala lapar dan dahaga, belaian serta kata perangsang di kala berduka
senyuman terukir di bibir di kala mendapat berita gembira serta teguran serta nasihat di kala alpa
Kini yang tinggal rumah pusaka, potret gambar serta pusara mengubati perasaan rindu lara
Kini Syawal yang ke 7 genap pemergian mu
Anakmu redha dengan ketentuan qada dan qadar dari Ilahi
Walaupun kita berpisah sementara, namun anakmu dapat merasakan sentiasa menemani di sisi,
Anakmu yakin pasti di kehidupan lain kita bersatu semula,
Maafkan anakmu seandainya gagal menyambung zuriat keturunan keluarga di masa hadapan,
maafkanku..maafkanku..maafkanku,
ANALISIS: Sejak kebelakangan ini persoalan yang sering berlegar-legar di minda penulis berhubung projek nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan adalah mengapa isu Lynas perlu dipolitikkan pemimpin pembangkang sedangkan pembinaan kilang itu diyakini selamat sekaligus dijangka mampu menjana pelaburan dan peluang pekerjaan serta ekonomi negara pada masa hadapan.
Apakah pemimpin Pakatan Rakyat (PR) seolah-olah sudah kekeringan idea atau kehabisan modal semata-mata untuk meraih undi simpati rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) akan datang apabila mendakwa bahawa projek Lynas sangat merbahaya dan akan memudaratkan kesihatan orang awam.
Ini kerana mereka seringkali menaburkan fitnah kepada kerajaan dengan mendakwa sekiranya projek Lynas Gebeng dibina dan beroperasi kelak- rakyat akan menerima nasib yang sama seperti terjadi sekitar tahun 70-an di mana penduduk pada ketika itu menderita penyakit kulit kesan radioaktif terhasil daripada loji pemprosesan thorium dan loji janakuasa nuklear Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah Ipoh.
Berdasarkan fakta yang diperolehi, projek Lynas tidak sama dengan ARE kerana ia menggunakan 'monazite' sebagai bahan mentah yang diekstrak dari tahi biji timah atau amang yang mengandungi kandungan radioaktif 37 kali ganda lebih tinggi daripada bahan mentah Lynas iaitu 'Lanthanide'. Sisa-sisa ARE juga adalah 60 kali lebih tinggi kadar radiasinya.
Sewaktu operasi ARE sekitar tahun 1970-an, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) belum ditubuhkan sekali gus menyebab pemantauan secara sistematik tidak dapat dilaksanakan berbanding pada masa kini piawaian keselamatan yang dikenakan oleh AELB adalah setanding malah lebih ketat daripada piawaian antarabangsa.
Nadir bumi atau 'Processing Plant' terhasil secara semulajadi di mana ia merupakan elemen penting dalam inovasi teknologi hijau termasuk dalam pelbagai pembuatan produk seperti telefon bimbit, pemacu cakera, 'catalytic converter', turbin angin, bateri kereta hybird dan papan skrin rata.
Malah, permintaan dunia untuk nadir bumi meningkat pesat dan dijangka akan melebih bekalan di masa hadapan di mana pada masa kini negara China menghasilkan sekitar 97 peratus dari bekalan dunia.
Sebelum mengeluarkan kenyataan kita perlu mengkaji dan meneliti semua aspek terlebih dahulu berkenaan risiko dan bahaya yang terhasil dari nadir bumi atau 'Processing Plant' kilang Lynas ini.
"Selagi ada tembok dan jurang pemisah, selagi itu golongan bangsawan takkan berjaya merembat hati rakyat," ujar si enggang kpd pipit. - politikus dan rakyat.
Jarang si berani suka tampil kehadapan. kebiasaannya si pengecut suka panggil kawan-kawan. - kehidupan.
Gagal dalam perhubungan tidak mengapa, gagal dalam kehidupan tidak sama sekali. - perhubungan
Kebanyakannya bila lensa kamera depan mata, terus sembang tak ingat dunia - berkenaan politikus.
Kebiasaannya penganjur akan ckp jumlah yg hadir lebih 500 ke 1,000 tetapi hakikatnya tak sampai pun - program dan ceramah.
Berapa ramai pemimpin yang ada akaun twitter dan aktif berinteraksi - boleh dibilang dengan jari. - politikus dan media baru.
Lebih baik berseluar senteng daripada melayan mahasewel yang mereng. - mansuh PTPTN oleh sekumpulan mahasiswa.
Ketepikan fahaman politik, golongan nelayan dan petani s'gor sangat memerlukan kamu. - politikus
Selagi Messi tak cedera, agak payah pasukan lain dapat tewaskan Barcelona melainkan ada keajaiban berlaku. - bola sepak.
Apakah dgn terpekik terlolong dan halang lalulintas dpt memuaskan hati kamu, mana perginya slogan kamu - malam sebelum BERSIH 3.0.
Mereka yg memakai baju biru rata-ratanya muda belia ketika hadir di pesta air dan asap lantas tidak memahami tugas yg kami pikul. - Selepas perhimpunan BERSIH 3.0.
Most of them run for ur life~not fight for ur right - selepas perhimpunan BERSIH 3.0.
Bdk uma aku cedera teruk siap bertongkat ingat pegi demo jdi mangsa belasahan ke apa rupanya merempit jatuh sebab Superman. Sarcasm BERSIH 3.0.
Cadang setiap peserta demo lps ni serah pic ukuran pasport @ pdrm snap mugshot sebelum berhimpun psl pic kt paper bnyk blur. - Sarcasm BERSIH 3.0.
We not against protestor, we not against police, but we all against those thugs - Media Freedom Day.
Genap 20 hari rombongan lawatan Media Selangor anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ke negeri Kelantan atau lebih sinonim dengan gelaran Cik Siti Wan Kembang berlalu.
Sudah lama aku tidak menaiki bas ekspres, perjalanan dari Shah Alam ke 'Kota Serambi Mekah' sangat panjang. 8 jam rasanya tempoh perjalanan, lalui jalan berliku, kiri dan kanan hutan tebal mengingatkan aku pengalaman sewaktu zaman kecil dahulu.
Setiap kali cuti sekolah, aku akan pulang ke kampung halaman tempat kelahiran yang terletak di 'Stesen Bas Jalan Hamzah' di mana arwah atuk dan nenek menetap di sana.
Aku masih ingat, pada ketika itu mak akan menemani aku sampai ke stesen bas terletak di Larkin Johor Bahru dan aku akan menaiki bas 'Bumi' ekpress dan 'Naila' berseorangan tanpa ditemani sesiapa dan kadang-kadang bersama abang.
Perasaan masa tu cuak gile, hanya Allah swt yang tahu.
Tetapi arwah mak pesan kat aku "jangan takut, orang lelaki kena berdikari, dekli jangan keluar bila bas berhenti rehat kerana risau silap naik bas" membuatkan aku kembali tenang.
Mungkin secara kebetulan, sampai sahaja di Kelantan aku tak perlu risau kerana arwah atuk dan nenek terus menyambut aku kerana rumah mereka terletak tidak jauh dari stesen bas kira-kira 50 meter.
Selang beberapa hari, aku akan menolong mereka meniaga di deretan kedai Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) terletak di pusat bandar Kota Bharu kerana arwah atuk dan nenek mempunyai kedai makan diberi nama 'Suliza', dahulunya mereka hanya berniaga warung kecil menolak menggunakan roda.
Menu yang paling best sekali 'nasi, sup perut dan daging bakar', bila waktu tengah hari penuh orang kerja kerajaan singgah. semua pesan makanan yang sama. Malah, memang aku akui sup perut dan daging bakar memang sedap!.
Bila ada kesempatan terluang aku akan tolong buat air dan banyak juga bahasa kelate yang aku belajar dan konfius pada waktu itu antaranya 'samah', 'teh o beng', 'nes o beng' dan pelbagai lagi. Haha! Setiap kali cuti sekolah jek, aku pulang ke Kota Bharu tolong mereka dan paling seronoknya bila arwah atuk bagi upah untuk penggal sekolah akan datang. eheheh.
Semuanya sudah berlalu, lebih 8 tahun aku tak menjejakkan kaki ke deretan kedai MPKB sejak kedua-dua arwah atuk dan nenek meninggal dunia setelah terbabit dalam satu kemalangan ngeri semasa hari raya korban beberapa tahun lalu.
Ketika itu aku mendapat khabar berita mereka dalam perjalanan pulang ingin mengagih-agihkan daging korban untuk diberikan kepada saudara dan jiran di mana kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.
Aku bajet bila sampai di Kota Bharu bersama rombongan media Selangor, dapat la aku merasa nasi, sup perut dan daging bakar di kedai Suliza diusahakan oleh pakcik angkat aku, agak malang apabila aku diberitahu salah seorang peniaga di pasar besar Siti Kadijah bahawa deretan kedai MPKB telah dirobohkan beberapa bulan lalu.
Memandangkan masa tidak mencukupi dan jadual yang padat, aku tak sempat nak pergi survey dan recce, Tidak mengapa, bila ada kesempatan kelak, aku akan pulang semula ke Kelantan dan mencari kedai makan Suliza!!
*Al-Fatihah buat allahyarham Musa Ahmad dan allahyarhamah Kalsom Jusoh
Baru-baru ini aku berpeluang mengikuti operasi Hari Kekasih dijalankan pihak berkuasa tempatan (PBT) Klang, Pejabat Agama Islam Daerah Klang (PAID), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Rela di sekitar bandar Klang.
Sepanjang mengikuti operasi bermula pukul 12 tengah malam dan berakhir kira-kira tiga jam kemudian bersama rakan media yang lain, aku mendapati terdapat kelemahan sebalik prosedur yang dilaksanakan berhubung penguatkuasaan menahan pasangan yang didapati bersekedudukan di dalam hotel.
Memang sudah menjadi tugas anggota PAID atau mana-mana anggota penguatkuasa agama sekalipun menahan pasangan dan menyoal siasat pasangan terbabit, tetapi semuanya perlu dilakukan dengan cara profesional, berhemah dan berbudi bahasa bukannya menengking atau meninggikan suara.
Apa yang aku lihat di depan mata ketika anggota penguatkuasa 'baru' menyoal dan melakukan provokasi terhadap pasangan yang baru dua hari berkahwin sedangkan jelas kelihatan jari pasangan ini masih merah menyala, mempunyai dokumen perkahwinan sah tetapi gagal mengemukakan sijil nikah ternyata mengecewakan kerana tidak ada sifat toleransi.
Antara soalan yang dikemukakan kepada pasangan itu, "ingat tak siapa nama tok kadi yang menikahkan" dan beberapa soalan provokasi tidak masuk dek akal.
Berang dengan soalan sedemikian rupa, berlaku perang mulut lebih kurang 5 minit antara pasangan lelaki dan anggota penguatkuasa agama.
Anggota penguatkuasa mula naik angin (mungkin kalah dalam perang mulut) mengarahkan anggota AADK melakukan ujian air kencing serta merta.
Melihatkan susuk tubuh pasangan lelaki itu yang sederhana gempal dan isterinya berpakaian tudung labuh, anggota AADK itu mengabaikan arahan yang diberikan.
"Buat apa akak nak 'urine test' dia, buang masa jek," ujar anggota AADK itu.
Aku dan rakan sekerja Ainuddin yang menyaksikan insiden memalukan itu hanya mampu menggelengkan kepala.
Untuk mengelakkan kejadian berulang, sepatutnya setiap jabatan atau organisasi perlu menghantar seluruh anggotanya terutamanya bahagian penguatkuasaan mengikuti kursus asas perhubungan awam sebelum mengarahkan anggotanya pergi melakukan operasi sedemikian rupa.
Kita tidak mahu persepsi masyarakat menganggap anggota penguatkuasaan ini bersikap biadap dalam menguruskan masalah seperti ini pada masa hadapan bagi mengelakkan memberi imej buruk terhadap sesebuah jabatan dan organisasi seperti peribahasa 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'.
Masih terngiang-ngiang dalam memori beberapa baris patah perkataan 'nasi lemak dan kuih karipap' yang dipekik dan dilaung berulang-ulang kali ketika
berusia dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun.
Bilamenerima berita perkhabaran ayahku jatuh
sakit dari tempat kerjanya, ayah terus
dibawa balik ke rumah, aku melihat depan mataku ayah dipapah oleh rakan
sekerjanya.
Aku sempat mencuri dengar perbualan mereka, “sebelah
badan lumpuh kena penyakit strok” ujar rakan ayah kepada mak.
Aku melihat mak menitiskan air matanya tetapi
tidak lama, seketika itu mak lantas cuba
menenangkan hati dan jiwanya, bila saja melihat kami yang masih kecil hanya terkebil-kebil memerhatikan keadaan yang berlaku ketika itu.
Pada waktu dan saat itu, aku menerima sebarang
ketentuan diberikan oleh NYA tanpa sebarang persoalan, mengerti dan
memahami situasi berlaku.
Berbulan ayah terlantar di rumah, duit simpanan semakin berkurangan, jiran
terdekat membantu sekadar termampu, tiada bantuan daripada NGO, agensi swasta
dan kerajaan.
Susulan itu, mak memperolehi idea
menjual kuih muih dan nasi lemak di sebelah pagi dan petang pada mulanya aktiviti perniagaan
kecil-kecilan diadakan setiap hujung minggu bagi menampung kos sara hidup kami
sekeluarga.
Selepas makan tengahari, mak menyuarakan hasratnya
dan meminta bantuan kami menjual kuih muih, aku memandang abang dan
terus kami menganggukkan kepala tanda setuju membantu meringankan bebanan keluarga.
Pada usia masih mentah, tanpa mak perlu memberikan penjelasan
panjang, kami seolah-olah memperolehi hidayah dan mengerti tanggungjawab yang perlu dipikul dan digalas, memandangkan kudrat mak tidak lah
sekuat mana dan bergantung harap kepada kami adik beradik lelaki.
Bermula dari situ, menjadi titik tolak kami sekeluarga hidup berdikari, seawal jam 4
pagi mak akan bangun memasak dan
menyediakan juadah kuih muih sehingga 6.30 pagi.
Bila mak dah masukkan
semua kuih muih dalam bakul, giliran mak dah selesai dan masa untuk dia berehat.
Tiba giliran aku pergi meniaga kuih muih sambil
membawa bakul, pada mulanya aku
kelihatan panik, kekok dan tidak yakin kerana tidak tahu cara untuk
memulakannya.
Lantas mak memberikan kata-kata nasihat dan dorongan kepada aku.
“Dekli pergi setiap lorong rumah ke rumah dan laung
kuih karipap, kuih gendang kasturi, onde-onde , dengar sini mak nak cakap, buat apa kita nak malu atau segan, ingat...ita cari rezeki yang halal.
“Macam ni lah, Dekli cuba dulu jual tengok ada
orang nak beli tak. Insyallah ada, rezeki kita tak ke mana, mak tau Dekli boleh buat,” katanya sambil
tersenyum.
Semangat aku terus membara mengangkat bakul kuih,
namun begitu baru beberapa langkah minda aku kembali takut dan berpatah balik, kemudiannya
dipujuk oleh mak cuba menyakinkan aku.
Pada mulanya janggal, lama kelamaan seronok, perasaan segan dan kekok hilang, malah ada
kawan-kawan sebaya masa kecil dulu ikut aku pergi jual kuih muih. Siap tolong 'promote' pada rakan-rakan lagi.
Ehehehe.
Sampai sekarang aku tertanya-tanya kenapa dorang
ikut aku, Pada pendapat aku, mungkin
dorang takde aktiviti menarik pada masa
tu dan tengok aktiviti meniaga yang aku buat 'best' jek. Aku 'respect' pada dorang kerana tak segan dan malu berkawan dengan aku.
Saat tidak
dapat aku lupakan, pernah tak sampai 30 minit kuih muih habis dijual, bila balik dengan bakul kosong, tengok muka mak terkejut tak percaya kuih
habis cepat, bila serah wang hasil jualan, nampak senyuman kepuasan tergambar pada wajah mak.
Sebagai ganjaran, kadang-kadang mak bagi upah 50 sen hingga seringgit bergantung kepada larisnya juadah kuih
muih, walaupun aku tak minta, mak tahu macam mana nak hargai anak-anaknya.
Walaupun ayah dan mak sudah 'pergi' jauh di atas sana, atas hasil titik peluh berkat itu berjaya membesarkan kami lima adik beradik sehingga masing-masing tamat persekolahan.
*Alfatihah Allahyarham Esa Ismail dan Allahyarhamah Zawiyah Abd Rahman
Hayati maksud lirik ini, mungkin dapat memberi serba sedikit pencerahan kepada diri kita khususnya yang masih mempunyai ibu bapa. Hargai mereka selagi masih ada. :))
Pinjamkan ku cermin
Untukku melihat
Serimu
Mungkin bisa bongkar
Bisa pandai berkata
Yang benar
Ku berdiri di sini
Berhari-hari
Bercerminkan diri ini
Apakah kau masih setia
Atau sepi
Dalam kacamu
Aku datang
Ke tamanmu
Kala rimba
Hati jadi kudus
Tak mengapa
Salah faham
Kisah lama
Terpadam...
Terpadam...
Bertanya ku lagi
Di hadapan cermin
Entah berapa kali
Benarkah tiada syarat
Untuk aku milikimu
Lirik MNasir/Keon
P/S: Aku dah lama cari lirik dan lagu ni, alhamdulilah akhirnya jumpa,
Malam Tahun Baru, aku berkesempatan mengikuti Ashkam wartawan daripada The Star ke program kemasyarakatan anjuran MCA bertempat di Gurdwara Singh dan kuil hindu di Klang.
Dalam fikiran aku, bersyukur kerana masyarakat di negara ini berbilang kaum dan agama masih bersatu padu hidup dalam suasana aman dan harmoni.
Semoga ikatan perpaduan yang kukuh terus dikekalkan.
Unik persembahan tarian daripada masyarakat India
Wakil rakyat MCA (tengah) bersama masyarakat India